Wednesday, November 21, 2012

Teringin, tapi....

Assalamualaikum,

Entry sebelum masuk tidur. Harini tidur dengan si kecik Shaheem je. Abahnye on duty. 

Apa yang aku teringin ni?? Bukan teringin nak makan durian crepe.. Tapi ni lagi jauh lagi sedap dari durian crepe. Aku teringin nak baby nombor dua! haha.. 

Teringinnnnnnnnnn... Lebih-lebih lagi bila merasakan cik Shaheem dah besar. Dah takde bau baby. Bau asyemmm dah dia. Rindunye nak bau baby yang wangi tuuu... Rindunye nak pelok-pelok baby. Shaheem sekarang kalau peluk dia, dia pandai pok pok muka kita huhu. Konon rimas la tuu.. Tapi best gak dia pok pok, aku gomo gomo dia lagi sampai dia gelak tak hengat hehehehehe... Erm rindu nak breastfeed juga.. 

Tapi kan... aku dah ready ke nak ada second baby ni??

Macam tak je huhu... Entahla. Kalau tanya hubby memang dia kata, bukan sekarang. Tunggu Shaheem 3 tahun katanya. Waa lama tuuu Shaheem 3 tahun.. Kalau 2 tahun okla kot kan.. Tak taula nape hubby tak nak lagi. Mungkin sebab dia tak percaya aku bleh handle 2 anak.. Time Shaheem cranky ke ape memang akan selalu keluar dari mulut aku, "aduh Shaheem, mama tak laratlaaaa.. " Then hubby akan keluarkan ayat pedas, "nak anak ramai tapi jaga sorang ni pun dah tak larat..." Sentap kejap sobsob.. Memangla aku tak larat, tapi tak larat tu tak bermakna aku tak sanggup dan tak akan jaga. Betul tak? Korang penah tak cakap korang tak larat? Huu janganla aku sorang.. 

Tapi tu lah... mungkin betul jugak. Aku ni belum master lagi nak jaga anak sorang, apatah lagi nak jaga 2,3 anak yang gap dekat-dekat. Tapi, alah bisa tegal biasa kan?? Kalau anak sendiri, nak tak nak kena jaga la jugak. Ape susahhh...

Hubby penah cakap ngan aku pasal kawan dia, ada anak 5 orang. Kecik-kecik je lagi semua. Dia cakap macamanala kawan dia handle. Aku jawab, "senang je bang, KERJASAMA..." Betul tak? Kalau both husband and wife bekerjasama jaga anak, insyaallah tak susah. Kerja akan jadi mudah. Masa mama tengah sibuk handle adik, abah handle la abang or vice versa. Kalau semua nak harapkan mak je memang tak lah! 

Hmm teringin...

Wednesday, November 14, 2012

Cerita Bergambar ehe

Assalamualaikum,

Shaheem tengah tido! Kena update blog laju-laju sebelum dia bangun.

Phew, sibuk betul sekarang ni. Sibuk melayan Shaheem yang dah banyak akal tu. Shaheem dah 8 bulan dah. And guess what, masuk 8 bulan ni, aduiiii dia betul-betul dah berubah. Asyik meragam je. Pastu kurang hisap susu. Makan pun tak mau sangat. Risau hati ni tapi tengok dia aktif macam biasa rasa lega sket. Tanya jiran-jiran dorang cakap memang biasala budak umur macam ni tengah nak besar. Banyak ragam. Tak mau menyusu tu katanya sebab nak ringankan badan nak berjalan. Huu hopefully betul la apa yang dorang cakap tu. 

Last week pegi klinik berdua dengan mama. Dah ada car seat kann hehe.. Alhamdulillah dia ok je dok dalam car seat. Mulut je bising bercakap dalam bahasa dia, "baa baa baaa.."



Berat terkini, 9.1kg dan tinggi 73 cm. Memang berat dan memang tinggi! Hehe.. berat tu ikut mama kottt and tinggi ikut abah.

Budak demam tapi tak reti dok diam

Sehari selepas pegi klinik tu, demam pulak... Tetiba je badan panas. Risau jugak aku sebab Shaheem dah lama kot tak demam. Sampai aku pun blur tak tau nak buat ape huhu... Thanks to Gojes Blogger Supermom yang banyak bagi tips <3

Sekarang suka sangat berdiri. Mana-mana tempat yang dia bleh pegang dia akan bangun berdiri. Fave place semestinya dekat gril ni.. Dulu kena pegang dua-dua belah tangan. Sekarang action, sebelah tangan je pegang.. Lagi satu Shaheem ni dah pandai jugak nak lepas-lepaskan tangan. Adui gerun betul aku.. Dah tak tau berapa banyak kecederaan dah dia dapat disebabkan kebuasan dia nih. Bibir dah pecah dah sekali huhu.. Anak anak, nak besar ni macam-macam peel la!

Sekarang susah betul nak pakaikan cd, nak pakaikan baju.
Mama kena berpeluh-peluh kejar dia baru bleh pakaikan huhuhu
Ni dia nak larikan diri dengan cuba untuk panjat sofa. 
Of course tak dapatla kannn hehe

Ni tempat kegemaran. Suka berdiri kat sini

Haa ni lagi satu kegemaran dia. Berdiri kat stroller.
Aku lock tayar belakang tak bagi gerak.
Kalau bergerak memang bahayala dia bleh jatuh.
Gambar yang dia baring tu dia dah jatuhla tu hehe

Masuk dalam bakul!

Sedang khusyuk tengok Masterchef

Ololololo anak abah :')
Masa ni abah dia baru balik selepas beberapa hari on duty.
Kira lama jugakla tak jumpa. Memang nak abah je bila abah ada.
Tido pun nak pegang abah.


Eh eh Shaheem kannn... Suka buat jari dia macam ni.........

Hubby kata macam Shaheem buat sign F tu je huaaaa
Sape ngajor nihhh...


Sekian, cerita bergambar :D