Thursday, April 12, 2012

Shaheem Wearing His 1st CD :)

Shaheem pakai CD Rainbow BB


Assalamualaikum,

Harini aku try pakaikan Shaheem cd for the first time. Sebenarnye dah banyak hari jugak dah tangan ni dok gatal nak pakaikan tapi aku tak konfiden. Ditambah pulak sabun nak membasuh CD takde. Harini terasa gian yang amat sangat.. Sanggup pegi Manjaku beli sabun Pureen HAD tu ehehe.. By the way, murah pulak sabun tu kat Manjaku Kota Bharu ni, RM15.90. Seingat aku masa beli kat Jusco Equine dulu RM17.90....

So aku pakaikanla kat Shaheem petang tadi. Dari pukul 3 petang. Sama macam disposable diapers (dd), cloth diaper ni pakai selama 3 jam jugak. After 3 hours kena tukar. Sepanjang Shaheem pakai tu aku risau jugakla takut bocor sebab Shaheem ni heavy wetter jugak. Tapi alhamdulillah, tak bocor. Ok je hehe.. Aku rasa sebab aku tukar selepas 3 jam pakai. Kalau aku biar sampai 4 jam lencun jugakla kot. Tapi aku memang selalu tukar diapers Shaheem every 3 hours. Kesian dengan bam bam dia huhu.. Shaheem pulak kalau dia tido memang maximum 3 jam. Jadinye bila dia bangun aku terus tukar diaper dia tu...

Apa-apa pun, aku tak bleh nak fully cd Shaheem lagi kat rumah mak aku ni. Sebab sebelum balik haritu, masa packing aku sempat grab 6 ketul je cd... Tak amik banyak-banyak sebab takut beg berat. Aku amik 15kg je luggage haritu huhu.. 6 ketul cd mana boleh nak fully siang malam. Siang pun takleh nak fully jugak.. Kalo nak fully at least kena ada 20 ketul cd... Takpela, gilir-gilirla dengan dd dulu... Dah balik Sabah nanti try pakai cd sepenuhnya. Cewaaahh semangat ehehe...

Aku memang nak try jugak pakaikan Shaheem cd sepenuhnya. Sebab aku betul-betul nak berjimat! Tang susu dah tak bleh jimat dah sobsobsob.. So tang diapers ni la nak kena jimat sket. Kalau pakai dd perbelanjaan memang besar la bulan-bulan. Yelah, Shaheem tak breast feed kan sobsob. Terpaksala keluarkan duit untuk beli susu formula. Aku beli susu Snow. Kalau kat Semenanjung, tin besar 900g, RM56.50. Paling murah jumpa pun kat Speedmart, RM52.90. Kat Sabah, mahal nak mampos. RM59.90. Then campur pulak dengan dd. Aku beli Drypers Wee Wee Dry saiz S. Kat Semenanjung ni kalo yang 64 keping tu kebanyakan kedai jual RM29.90. Tapi kat Sabah RM34.90. Jauh gile perbezaan harga Semenanjung ngan Sabah kan? Kalau tambah dua-dua kos beli susu ngan dd tuh, memang banyakla duit kena keluar bulan-bulan. Dahla kitorang ni 1 income je. Bukanla kedekut dengan anak tapi kalau boleh berjimat kita tryla jimat kan? Duit tu nanti bleh guna untuk benda lain..

Pesanan untuk diri sendiri - Berusahalah!! :) 


Monday, April 9, 2012

Shaheem Dah Sebulan!

Assalamualaikum,

First and foremost, aku nak ucap TERIMA KASIH banyak-banyak kat semua mommies yang komen dalam entry aku pasal susu tu. Terharu sangat. Terima kasih sebab bagi aku semangat, dorongan dan nasihat. Memang aku sedih terlampau bila berbicara pasal susu ni.. Sekarang pun sedih lagi tapi slowly la nak menerima semua ni huhu.. Aku tahu bukan aku sorang je yang hadapi masalah ni.. Thanks a lot tau!

Susu aku memang dah makin sikit. Aku rasa sebab baby tak hisap maka supply pun kurangla kan? Aku ada try pump tapi hasil memang sikit. Kadang-kadang bila pump tak keluar langsung! Tension jugak. Last last aku try perah dengan tangan je. Konon-konon marmet tapi teknik salah ehehe... Susu keluar macam susu getah tu. Setitik setitik je.. Sadis kan?

Ni hasil perahan menggunakan tangan selama berapa jam tah huahuahua
Sangat sikit okay :(

Tapi takpelah, sekurang-kurangnya dapat jugak Shaheem minum susu aku. Petang tadi try jugak paksa dia direct feed. Tapi macam biasalah, dia menangis, mengamuk macam kena dera huhu.. Bila hisap susu aku mula la hidung dia bunyi macam tersumbat la.. nak muntahla.. macam-macam bunyi ada. Tapi bila hisap botol elok-elok la pulak. Haihla anak.......

6 April yang lepas genapla sebulan umur Shaheem. Alhamdulillah, sepanjang sebulan ni Shaheem sihat walafiat. Takde demam ke ape. Badan dah makin naik! Hidung makin kembang kena tarik dengan pipi tembam ehehe... Rupa dah totally different la dari rupa masa awal-awal lahir dulu. Masa awal-awal lahir muka bengkak je lagi. Sekarang dah nampak macam muka big boy dah.

Dah pandai nak mengagah jugak. Kalo orang cakap-cakap dengan dia, mulala dia pun nak bercakap jugak. Mulut nganga-nganga.. Pastu tersedu ehehe... Dah pandai alih kepala ikut pergerakan orang. Pandai ikut bunyi jugak.

Shaheem dah kena cucuk yang sebulan tu.. Dos kedua Hepatitis B kalu tak silap aku. Aku pegi klinik kesihatan dekat rumah aku ni je, Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh. Shaheem good boy time cucuk tu ehehe.. Masa misi cucuk jarum dia diam je. Macam tergamam. Bila dah masuk ubat, haa barula dia nangis. Tu pun tak kuar suara. Kesian sungguh. After aku tepuk-tepuk barula dia huwaaaa sekejap. Dah siap cucuk dia cebik pastu terus tertido ehehe...

Berat terkini Shaheem: 4.65kg (naik 1.05kg)
Panjang: 56cm (bertambah 5cm)

Alhamdulillah darling mama membesar dengan sihat :)

Jom tengok latest pic Shaheem :)













Ni pulak video Shaheem aku amik masa dia genap sebulan ehehe... Dah pandai keluarkan suara nak menegur orang :)

Tuesday, April 3, 2012

Kisah Sedih Mama, Shaheem & Susu

Assalamualaikum,

Tak tahu macamana nak cerita apa yang terbuku dalam hati aku ni... Nak cerita, nak luahkan tapi tak tahu macamana nak mula...

Aku nak bercerita pasal aku dan susu.....

Sobsob.. cerita sedih ni. Cepat sediakan tisu.. Akula yang kena sediakan tisu. Bila berbicara pasal susu, air mata laju je mengalir. 

Sedihnye aku nak bagitau, aku tak dapat breast feed Shaheem. Bukan kata exclusively atau fully breast feed, Shaheem memang tak breast feed langsung! Sedih tak? Shaheem bottle feed wuhuhuhu :'(

Ermm awal-awal dulu dia ada jugakla hisap susu badan. Then dia macam tak puas. Shaheem ni kuat menyusu. Nak kata susu aku tak banyak, aku pernah je alami bengkak susu tu. Banyak kali pulak tu. Jadi aku assume susu aku banyak. Tapi Shaheem selalu marah-marah bila hisap susu aku. Aku assume susu aku laju sangat sampai dia takleh nak control. Entahla.. dah banyak assumption dah aku buat...

Then hubby decided we should try giving him formula milk (fm). Umur Shaheem 2 hari dah start minum fm dah..Perasaan aku? Sedih sangat.  Aku menangis menangis dan menangis.. Siap gaduh-gaduh dengan hubby lagi..

Aku sedih ok.. Ibu mana yang tak sedih bila tak dapat susukan anak dengan susu badan ni... Aku rasa tak perlula aku explain macamana sedihnye aku tu.. Korang sure bleh paham..

At first Shaheem bleh hisap dua-dua.. Hisap susu aku sikit then topup dengan fm.. But selalunye lebih pada fm... Lama-lama maybe Shaheem dah suka dengan puting Tommee Tippee tuhh dia pun dah reject dah susu aku.. Sobsob.. And guess what, sekarang, umur dia 28 hari, dia tak nak dah hisap susu aku.. Goodbye nenen mama.... :'(

Aku paksala macamana pun, dia tetap tak nak.. Dia tolak dengan lidah, dia tutup mulut dia, dia nangis sekuat hati macam aku dera dia... Lagila sedih aku tengok dia macam tu.. Last last susu mama ni tewas dengan fm....

Aku cuba jugak pump. Tapi entahla. Nak salahkan pump ke nak salahkan susu aku.. Tiap kali pump sikit je susu keluar.. Tak pernah sampai 1 auns pun.. Adik aku siap cakap aku ni pathetic sungguh. Tak penah putus asa pump walhal susu yang keluar tu sikit sangat. Shaheem minum pun tak kenyang... Memang kadang-kadang rasa nak give up je. Nak stop pump susu. Nak biar je susu aku ni kering macam tu je. Tapi bila pikir balik betapa ruginye Shaheem tak hisap susu aku, aku pump jugakla. Sikit pun jadi lah huhuh.. Sedih... Susu yang sikit tu aku bagi Shaheem hirup guna sudu. See how pathetic nye aku? Dah terbalik pulak dah. Patutnye fm yang suap dengan sudu bukan susu ibu.... Sedih hokkay!

Aku bertambah sedih bila orang datang tengok Shaheem dan semua tanya dia hisap susu badan ke tak.. Bila aku cakap tak, macam-macam statement orang bagi....

"Ruginye dia tak hisap susu badan.. Susu ibu ni banyak khasiat tau..... Baik untuk baby.."
"Laa hisap botol ke.. Ruginye. Dahla Wani tak keje kan.. Kalo keje lainla..."
"Ish ish.. hisap botol. Susu free ada pegi minum susu tepung pulak. Banyakla belanja bulan-bulan..."
"Anak saya ni hisap susu badan sampaila umur 2 tahun. Dia tak pernah sakit teruk-teruk.. Demam pun jarang-jarang. Dia memang tak nak langsungla minum susu tepung ni...."
"Eh terbalik pulak Shaheem ni ye.. Selalunye baby tak nak minum botol. Nak nenen mama... Dia pulak lebih suka botol.. Pelik tu..."
"Rugila tak dapat susukan anak.. Kalo dapat susukan anak, bleh rasa mesra je anak dengan kita..."

Okay okay.... enough with all the statements! Tahu tak betapa sakitnye hati aku, pedihnye hati aku bila dengar orang cakap ni sume? Tolonglah..... jangan lukakan hati aku... Bukan aku sengaja tak nak susukan anak aku.......

Bila aku betul-betul down, aku memang blame husband aku... Aku blame dia sebab dia yang beria-ia nak bagi fm kat Shaheem.. Serius aku marah dia sangat-sangat. Aku kecewa dengan dia.. Tapi bila aku cuba untuk berfikiran positif, cuba untuk menjadi lebih tenang, aku sedar... Aku tak boleh salahkan suami aku.. Dia bagi fm kat Shaheem sebab dia sayangkan anak dia.. Dia sayangkan Shaheem.. Dia tak nak Shaheem menangis kelaparan..  Dan aku pun sepatutnya berfikiran macam tu jugak..

Ya Allah, berikanlah aku kekuatan. Aku akui, sampai sekarang aku masih sedih. Aku cuba untuk redha... Cuba untuk terima semua ni... Aku tak mampu nak susukan dia.. Aku tak bolehla pentingkan diri sendiri kan? Takkan aku sanggup nak biarkan anak aku kelaparan?

Bukan rezeki aku nak susukan Shaheem. Allah lebih mengetahui. Aku yakin, Dia pasti ada rancangan-Nya yang tersendiri untuk kami... Ada hikmah di sebalik setiap kejadian kan?

Shaheem 28 days old
Sayang mama, mama sayang Shaheem sangat-sangat.
Shaheem tak nak minum susu mama pun takpelah.
Yang penting Shaheem sihat selalu..
Yang penting Shaheem membesar bagai johan ye sayang!