Monday, March 26, 2012

Saif Shaheem's Birth Story

Assalamualaikum,

3 Mac 2012, Sabtu

Aku, husband, mak dan ayah keluar jalan-jalan di 1Borneo. Aku yang ajak tu. Konon-konon nak berjalan banyak-banyak supaya baby pun cepatla keluar hehe.. Masa tu memang jalan pun dah tak larat tapi jalan jelaaa...

Gambar last sebelum bersalin.
@Parkson, 1Borneo

Ingatkan bila dah balik rumah, malam tu nak sakit perut ke ape tapi hampa, takde.......

4 Mac 2012, Ahad

1.30 tengahari

Habis tengok Melodi aku masuk bilik nak solat Zohor. Tetiba rasa perut memulas. Aku masuk bilik air ingat nak memerut tapi takde pulak hasil. Pastu aku pikir mungkin sebab masa tengok Melodi tu aku baring mengiring atas lantai keras, baby dalam perut tak selesa sebab tu la sakit... Tak terpikir pulak tu rasa sakit contraction..

Selang sejam dua jam lepas tu sakit lagi. Sakit tu sekejap jela. Aku bagitau mak aku. Dia suruh aku tengok timing sakit tu. Aku tengok jugak jam tapi macam irregular je sakit tu.. Aku dok ingat contraction ni sakitdia regular.. Selang 30 minit atau sejam.. Tapi aku punya sakit  haritu tak pon.. 

Bila malam sakit tu hilang.. Boleh tengok bola Kelantan lawan Negeri Sembilan dengan hati yang girang eheh..      Langsung takde rasa sakit. Habis bola pukul 11 malam, aku terus masuk tido. Tido nyenyak yang amat! Sebab aku memang dah mengantuk. Hubby yang tido lewat. Bila dia tido pun aku tak sedar...

5 Mac 2012, Isnin

2.50 pagi

Aku tetiba terjaga dari tidur. Perut macam biasa mengeras. Aku bangun nak kencing.. Perut terasa jugak sakit. Macam period pain tu. 

Tengok panties takde pun kesan lendir darah tu..  Sekali masa nak basuh tu, tangan aku berlendir. Tengok-tengok lendir tu berdarah warna coklat gitu. Hah cuak weh hahaha.. Selama ni dok tunggu-tunggu.Sekali bila dah ada cuakla pulak.

Aku cuba  relax. Tak mau kalut-kalut. Tarik nafas panjang-panjang. Dalam masa yang sama dok bagitau diri sendiri, "masanya dah tiba.. ready or not, hadapi jelah..." 

Aku amik wuduk, tunaikan solat hajat, mintak dengan  Allah supaya aku tenang dan semuanya dipermudahkan dan selamat... Perut dah start sakit perlahan-lahan. Aku tetap tenang...

Selesai solat aku kejutkan husband perlahan-lahan. Tak nak dia terkejut.

"Bang, bangun.. kita gi hospital.."
Dalam mamai, mata masih terpejam dia jawab, "ermmm jom jom..." Aku dah tergelak dah ehe..
"Bangunla.. kita gi hospital.."
Dia tak bukak mata jugak lagi then dia jawab, "Nak pegi macamana?"
Haha masa ni aku dah gelak besar... Boleh pulak dia tanya nak pegi macamana. Nampak sangat tengah tido lagi.
:Abang, bangunnn.. baby dah nak keluar dah ni..." Aku kuatkan suara sikit.
Barula dia bangun dengan terkejutnya ehehehehe.... Bulat haa mata dia tengok aku.. Tapi aku maintain relax. Tak mau dia panik-panik. Kang dia panik, aku pon panik...

Husband aku bangun mandi, aku pulak keluar kejutkan mak ayah aku...

Hubby muka blur baru bangun tido hehehe

Sempat lagi posing sebelum pegi hospital


Pukul 4 pagi kitorang bertolak ke Hospital Likas. Dalam kereta aku takde rasa sakit sangat pun.. Cuma dalam fikiran tu dok pikir macam-macam huhu..

Sampai di hospital, daftar di Bilik Penilaian. Masa tu takde orang sangat. Mungkin sebab awal pagi. Nurse pun aku tengok santai-santai je buat keje. Mungkin sebab dah nak tukar syif dah..

Memula sampai tu nurse suruh aku kencing dulu pastu tukar baju pakai uniform hospital. Aku tengok pad yang aku pakai takde dah pun lendir-lendir coklat tu. Sakit pun dah takde. Aku pun konfius jugakla. Betul ke aku dah nak beranak ni huhuhu...

Then nurse suruh aku baring atas katil. Dia amik bacaan darah tinggi. Semuanya normal. Pastu dia suruh tunggu nanti doktor datang check. Punyala lama aku menunggu. Aku dengar je suara nurse dengan doktor dok berbual kat kaunter. Geram jugak nak bangun panggil.. Tapi takutla doktor tengah buat keje ke ape. Aku tunggu sampaila perut yang tak sakit jadi sakit. Bila doktor datang dia soal siasat sikit.. Contraction rasa selang berapa lama etc.. Then dia cakap, "puan, saya nak check bukaan jalan.. Puan relax ye.."

Hohoho... Nak kena seluk la ni.. atau dalam bahasa perubatannya, VE, vaginal examination. Nasib baikla doktor perempuan yang buat.. Rasanya? Pastinya tidak nyaman eheheheh.. Tapi tahan jela... Dah tu je caranya nak check bukaan jalan kan. Bila check, doktor cakap jalan baru bukak 1cm......

Then doktor buat CTG 20 minit. Check kadar denyutan jantung baby. Reactive atau non reactive. Alhamdulillah baby ok....

Memandangkan jalan aku baru bukak 1cm dan contraction pun tak terlalu kerap, doktor cadangkan aku balik rumah dulu. Sepatutnya kalau 1 cm dah boleh masuk wad tapi doktor kata wad dah penuh. Katil kat koridor je yang kosong. Tak mau la kan dok kat koridor je.. So aku pun balik lah.....

Nak dijadikan cerita pada hari ni jugak aku ada appointment di KKIA Tuaran. Memula aku ingat tak payah pergi dah sebab aku dah pegi hospital. Tapi orang hospital suruh pergi jugak sebab dia kata klinik pun nak buat follow up checkup.. Aku call klinik pun dia suruh pergi jugak.. Adei.. Dalam sakit-sakit contraction tu aku pergi jugakla ke klinik. Aku mintak dengan nurse suruh panggil cepat-cepat nama aku sebab tengah sakit nak beranak kan huhu.. Nurse kat KKIA bising-bising pulak marah pihak hospital sebab lepaskan aku balik. Sepatutnya dah kena tahan blablabla.. Aku diam jela.. Then bila masuk dalam bilik checkup, nurse nak seluk check bukaan... Kali kedua kena seluk. Redha je laa... Bukaan pukul 10 pagi, 3cm! Huhhh.. aku pun terkejut.. Cepat pulak bukak.. Terus nurse KKIA suruh aku pegi hospital balik...

Aaaaa... ulang alikla aku and family ke hospital hari tu....

Sampai di hospital dah tengahari dah. Macam pagi tadi masuk Bilik Penilaian dulu. Doktor check bukaan masih 3cm. Doktor kata lambat lagi ni nak bukak sebab anak first. Kali ni doktor masukkan aku dalam wad. Proses nak masuk wad tu punyela lama.. Sakit pinggang aku menunggu dalam Bilik Penilaian tu. Tunggu atas kerusi je tau. Katil tak cukup sebab orang ramai sangat. Paling aku sedih, mak ayah dan suami aku yang menunggu kat luar.. Especially mak aku. Dia kan dah tua, terpaksa menunggu atas kerusi je. Kesian dia penat huhu...

Dalam pukul 5 petang barula aku dapat masuk wad.. Nasib aku baik ada katil kosong dalam bilik. Kalau takde memang aku terpaksa menghuni katil kat tepi koridor tu la huhu... Contraction masa tu masih tak terlalu kerap dan tak kuat sangat. Aku masih boleh gelak-gelak lagi ehehehe...

Baru check in dalam wad. Besarnye mak ekekek...
Masa ni bleh senyum menyum lagi..
Dah malam haruuuuu...


Family ada temankan aku masa tu sebab waktu melawat dari pukul 4 petang sampai 7 petang. After 7 petang sorang-sorangla aku dalam wad. Ditemani ibu-ibu lain..

Dalam wad aku tu ada 6 katil.. Aku tengok semua pun relax je. Takde sakit-sakit. Aku je yang kekadang mengaduh kesakitan huhu.. Bila dah pukul 10 malam semua pun lena je tido. Tapi aku?? Contraction makin kerap jugak. Dah selang 10 minit. Sakit contraction ni macamana aku pun tak reti nak gambarkan. Perut rasa memulas. Nak kata macam period pain tak jugak. Aku nak baring memang tak bleh. Rasa macam bertambah sakit. Aku banyakkan berjalan. Aku jalan je sepanjang koridor tu. Back and forth. Nurse semua suruh aku tidur je. Tapi macamanala nak tidur dalam keadaan sakit tu.. Aku ada try jugakla tido tapi sekejap je lenanye. Bila contraction datang terus terjaga.

Perasaan masa tu bercampur baur. Sedih sebab sorang-sorang dalam wad. Sedih sebab keluarga terpaksa menunggu kat luar. Dorang tidur dalam kereta je.. Nak balik rumah dulu takut tak sempat jumpa aku kalau kalau aku kena tolak masuk dalam labour room. Takut nak beranak tu pun ada jugak. Tapi aku banyak-banyakkan berdoa. Yang penting ingat pada Allah...

Aku tak tidur langsung malam tu sampaila ke pagi........

6 Mac 2012

5.00 pagi

Fuhhh contraction makin mengganas. Aku dah tak larat nak bangun, dah tak larat nak makan minum... Aku gesa nurse check bukaan aku sebab sakit semacam je. Mana la tau dah bukak besar ke kan huhu.. Nurse check, baru bukak 4cm. Alahai..... lambatnye nak bukakk.. Aku dok bayang jalan dah bukak 5,6cm.. Sebab perut sakit sangat-sangat...

6.00 pagi

Waktu melawat. Suami aku belikan mi goreng dengan telur rebus 2 bijik. Tapi aku serius tak lalu nak makan huhu.. Minum air pun rasa macam telan pasir je. Melampau betol... Masa tu dok melawan rasa sakit je. Lega sikitla dapat tengok wajah mak, ayah dan suami. Masa sakit, sebelah kiri genggam tangan suami, belah kanan genggam tangan mak. Dalam hati dok marah hospital, kenapa la family takleh temankan.. Sorang pun ok la. Kalu aku ni dah beranak 2,3 orang lainla. Ni anak first, kalo bleh nakla berteman huhu...

6.40 pagi

Suami suapkan roti. Dia paksa aku makan sebab tak nak aku tak bertenaga bila nak teran nanti. Aku makanla 2, 3 suap. Tak sedap sungguh roti tu. Rasa pahit je dalam mulut. Siap makan aku baring. Masa baring tu lah tetiba POPPPPP.... Terasa air panas mengalir di bawah sana.. Air ketuban sudah pecah! Dan dan tu jugak contraction datang. Contraction tu pulak sakitttttt sangat sangat. Seriusss, bila air ketuban dah pecah contraction akan jadi lebih kerap dan lebih sakit. Cepat-cepat suami aku panggil nurse. Masa tu jugakla waktu melawat dah habis. Aduiii.. nak nangis aku. Dahla tengah sakit sangat-sangat. Kena hadapi sorang diri pulak.

Nurse datang dengan doktor. At first doktor kata bukan air yang keluar. Dia kata show je sebab ada lendir-lendir coklat. Aku tinggikan suara cakap bukan sebab aku bleh rasa air panas mengalir. Banyak pulak tu. Aku ada baca air ketuban memang panas macam air kencing camtu.. Then nurse sokong aku. Dia cakap memang air ketuban sebab colour air tu clear. Geram jugak aku dengan doktor tu huhuh.. Bila dia check bukaan masih 4 cm. Kalo ikutkan prosedur hospital, 4cm dah bleh masuk labour room dah sebenarnye. Tapi dorang cakap labour room penuh. Jadi dorang utamakan pesakit yang dah betul-betul nak bersalin, yang jalannya dah bukak besar benar. Kalo 4 cm macam aku ni and lagi-lagi 1st baby memang dia KIV dulu... Doktor suruh aku pakai pad pastu nanti dia datang check lagi. Kat wad dia check bukaan setiap sejam.

Contraction memang makin kerap dan makin sakit. Serius sakit weh huhu... Tak sempat nak relax dia datang lagi. Kalau malam sebelum tu walaupun sakit still ada gap. Sekarang macam gap dia sikit sangat. Tak sempat aku nak tarik nafas lega sakit tu datang balik.

Around 12pm...

Aku dah tak tahan sangat-sangat. Asyik suruh nurse check bukaan. Tapi nurse tu cuma suruh aku bersabar. Katanya biasala tu sakit.. Tarik nafas panjang-panjang katanya.. Dia dok bagitau aku anak 1st memang lambat. Sabarlah sabarlah.. Huhuhu aku memang bleh sabar tapi kalo dah sakit sangat nak buat macamana?? huhu...

Doktor datang round. Kali ni 2 orang doktor. Sorang doktor biasa, sorang lagi dia punye boss. Aku patient pertama yang dia jenguk. Doktor yang boss tu tanya aku nak pain killer tak sebab dia tengok aku macam dah tak tahan sakit. Tapi hati aku masa tu berbelah bagi. Dok pikir tak elok amik pain killer ni. Takut nanti tak rasa contraction takleh nak push pulak. Macam-macam cerita tak elok aku dengar pasal pain killer ni.. Bila tengok aku macam reluctant nak amik pain killer, terus doktor tu cakap dengan gaya marah jugakla,"ok takpe.. patient refused pain killer. next patient..." Dia terus pegi ke patient sebelah. Kecik hati aku dengan doktor tu huhuhu... Dahle dia takde check ape.. Aku ada tanya dia, "takpe ke amik pain killer doktor?" Dia jawab dengan kasar jugakla, "nape? puan takut kena inject? kalo tak nak inject kita bagi ubat telan..." Masa dia cakap tu tengok muka aku pun tak. sobsob. Dahle tengah sakit, doktor layan macam tu pulak. Kecik hatiiiii huhuhuhuh...

Dia check patient lain dan aku terus melayan kesakitan sobsob.. Last last doktor tu datang balik kat tempat aku then tanya, "puan nak kita check bukaan lagi sekali ke?" Yeeeee... memang itu yang aku nak! Aku bukak seluar dalam, then aku nampak dekat pad aku macam ada stain kaler coklat coklat kuning gitu. Doktor tu macam terkejut sikit bila nampak stain tu. Then dia seluk... Dia bagitau aku, "puan, bukaan masih 4 cm.. Tapi anak puan dah berak dalam perut ni...." Hohhhhhhh rasa macam ada petir menyambar diri aku.... Aku tanya dia,"habis tu macamana doktor?" Aku selalu dengar cerita tak enak bila baby dah berak dalam perut. Nak kena operate ape sume sebab takut baby lemas.

Doktor bagitau dia akan pasang CTG, check jantung baby dulu. Lepas tu baru dia advice aku apa yang dia akan buat... Dalam hati masa tu, Tuhan je tahu macamana perasaan aku. Aku berdoa agar anak aku selamat. Masa tu aku redha je kalo nak kena operate. Yang penting anak aku selamat.

Sepanjang 20 minit CTG dipasang pada perut aku tu, doktor setia berdiri sebelah aku, pegang sendiri benda alah tu ehehe.. Sebab dia tak nak benda tu gerak-gerak. Kalo bergerak, bacaan jantung baby lari dan resultnye pasti tak cun.. Aku pun kena duduk diam-diam. Huh bayangkan keadaan aku masa tu. Dah la tengah sakit, kena duduk diam pulak. Seksa betul. Aku tengok muka doktor tu macam cuak-cuak jugak. Dia cuak aku laaaagilaa.. Asyik dok tanya dia ok ke tak bacaan jantung baby.. Dia cuma angguk-angguk je. Dok kejap, ada sorang lagi doktor datang dan suruh doktor yang teman aku tadi amik reading CTG bawak keluar, ada doktor lain nak tengok. Kelam kabut haa doktor tu carikkan result CTG tu.. Macam big case je aku punye case ni. Berlari-lari doktor tu keluar. Dalam hati aku tak henti-henti mintak doa agar anak aku selamat. Menitis jugak air mata ni. Husband aku kat luar pun dok SMS tanya khabar..

Tak lama lepas tu.. dalam pukul 12 tengahari, doktor tadi datang balik dengan sorang nurse. Dia bagitau aku akan dibawa masuk ke dalam labour room dah.. Katanya jantung baby alhamdulillah ok, jadi dorang akan masukkan aku dalam labour room dan masukkan ubat untuk induced labour. Sebab bukaan aku kan baru 4cm.. Dorang nak masukkan ubat untuk cepatkan jalan tu buka.. Aku cepat-cepat call husband aku suruh masuk dalam wad untuk amik barang-barang aku. Bila husband aku masuk, sempat jugakla dia sound doktor tu sedas dua sebab lambat sangat check keadaan aku sampai anak dah terberak dalam perut ape sume ehehehe.. Oh suamiku..... bleh nampak ni muka dia yang panik sambil menahan marah huhu...

Aku disorong masuk ke labour room. Masa tengah disorong tu aku cari mak aku. Tak sempat nak cakap banyak. Aku cuma sempat pegang tangan mak kejap je pastu mintak mak doakan aku.. Mak sebak, menitis air mata dia.. Aku laaagila huhuhu.. Sekarang ni pun nak menitik air mata bila teringat balik situasi masa tu.. Kelam kabut sangat rasa. Dengan ayah pun aku tak sempat cakap ape. Sempat salam je. Dengan husband? Lagi tak sempat nak cakap apa sebab masa aku disorong tu dia still dalam wad tengah kemaskan barang aku.. Tapi aku tak rasa terkilan sangat sebab bila bukaan 6 cm, hubby dah bleh masuk dalam labour room temankan aku.

Dalam labour room aku dimasukkan dalam sebuah bilik. Dalam bilik tu aku duduk sorang je. Sakit memang bertambah kerap. Nurse tinggalkan aku sorang-sorang je sebab dia ramai patient lagi nak attend. Sekejap-sekejap ada jugakla doktor datang jenguk aku.. Dorang pasangkan CTG kat perut. Amik bacaan jantung baby dan kiraan contraction. Bacaan tu sume doktor bleh monitor dari luar. Tak duduk dengan aku pun takpe. Aku pun tak lepas dari tengok monitor bacaan tu. Risau dengan keadaan baby. Tapi alhamdulillah, jantung baby memang kuat. Doktor tak terus masukkan ubat sebab jantung baby stabil dan contraction aku pun makin kerap. Katanya jalan aku bleh bukak naturally..

Sementara dok sorang-sorang tu aku sempat call mak. Mak masa tu dalam surau. Takleh cakap panjang jugak sebab mak sebak aku pon sebak huhu.. Sempat jugakla aku mintak mak doakan aku. Mintak selamat semuanya..

Lama-lama contraction makin kerap. Aku tengok kat monitor, bacaan contraction tu kadang-kadang mencecah 40, 50.. huii sakit. Dah la sorang-sorang. Masa tu pulak aku dah pening-pening. Maybe sebab perut aku kosong. Sebelum masuk labour room tu aku gagahkan jugak diri makan telur rebus. Itupun sikit je aku makan. Tak lalu sangat-sangat. Tetiba pening makin kuat dan aku pun tetiba je rasa nak muntah. Aku gagahkan diri panggil nurse yang kebetulan lalu depan bilik aku.. Aku cakap je dengan dia, "saya nak muntah.." Habis je ayat, terus bluweeekkkk aku muntah.. Takleh tahan-tahan. Habis makanan yang aku makan sehari sebelumnya keluar. Mulut serta merta jadi pahit. Huhu tak sukanya aku muntah. Terkejut nusre tu. Soalan dia pada aku, "awak makan tak hari ni?" Dengan lemahnya aku geleng kepala.. Cepat-cepat dia masukkan air kat tangan aku... Takut aku dehydrated. Dehydrated ni bahaya pada mak dan baby. Takut dua-dua jadi lemah. Nak makan minum dah tak boleh dah bila dah masuk labour room. Membebel la nurse tu. Ampun cik misi huhu... Jadi kawan-kawan yang nak bersalin, makanla banyak-banyak ye sebelum masuk LR tu. Takut lapar dan dehydrated. Bahaya!

Bila dah masuk air tu barula aku rasa lega sket tapi masih pening-pening lagi. Bibir pun rasa kering je. Contraction makin kerap dan kerap. Takde apa yang aku boleh buat selain banyakkan berdoa.. Aku baca Zikir Nabi Yunus tak henti-henti bila contraction tu datang. Cuba fokus, cuba fikir positif. Aku rasa kalau aku terlalu ikut perasaan takut dan terlalu pikirkan rasa sakit, teruk jugak keadaan aku. So aku cuba fikir positif je.. Ingat Allah banyak-banyak. Yakin Allah akan tolong aku..

3.00 petang

Nurse datang untuk check bukaan.. Jalan dah terbuka 6 cm. Husband aku bleh masuk dalam labour room untuk temankan aku. Lega sangat bila dapat tengok dia.. Lega dapat genggam tangan dia.. After dah check bukaan tu nurse suruh aku amik pain killer sebab dia cakap serviks aku dah bengkak. Punca bengkak tu mungkin masa aku dok tahan sakit contraction tu aku dah terteran tanpa sedar. Tu yang nurse bagitau aku la. Aku pun tak pikir panjang, pikir nak beranak dengan selamat je, maka aku aku pun amikla pain killer. Tawakal pada Allah jela.. Setahu aku pain killer ni ada 3 jenis. Satu, jenis gas. Apa nama dia aku tak tau. Dua, epidural yang dicucuk di belakang. Tiga, jenis suntik.

Aku amik yang suntik ni. Apa nama dia aku tak tau  Pain killer tu dicucuk di punggung. Effect dia ialah.... buat aku mengantuk! Serius mengantuk tauu huhuh.. Aku macam lalok lalok gitu. Cakap dengan husband pun macam mamai mamai je.. Aku suruh hubby sembang sembang dengan aku. Aku tak mau tertidur. Tapi bila dah letih sangat aku try jugakla tido kejap. By the way, walaupun dah amik pain killer, sakit contraction masih terasa. Cuma mungkin kurang sikit jela. Yang tak tahan rasa ngantuk tu jela.. Aku cuba sedaya upaya untuk tidak hanyut dalam khayalan (cewahhh :P).. Tapi ada one time tu aku tewas jugak. Dalam sedar tak sedar aku cakap tah pape dengan hubby. Tetiba je aku tanya dia makan apa. Makan nasik kerabu ke? Erkk... aku pun tak tau nape aku tanya dia macam tu. Cepat cepat aku beristighfar untuk berpijak kembali ke alam nyata huhu.. Bahaya sungguh pain killer nih. Tapi mujurla contraction aku masih bleh rasa. Sebab aku takut sangat kot kot dah amik pain killer tak rasa sakit, dan aku pun takleh nak meneran, baby pun lemas etc.. Nauzubulillah.. aku suka pikir bukan-bukan kan? huhuhuhu....

Contraction makin lama makin kerap tapi jalan lambat sangat nak bukak huhuh.. Kekadang aku rasa macam nak teran je tapi jalan baru bukak 7 cm.. 10 cm baru boleh teran. Memandangkan jalan aku lambat sangat bukak, masa 7 cm, doktor pun masukkan la ubat untuk cepatkan jalan bukak tu.. Aku pun tak tau apa nama ubat tu.. Jantung baby masih kuat cuma sebab dah lama sangat kan.. Bayangkan aku masuk LR pukul 12, pukul 4 petang jalan baru bukak 7 cm. Memang slow lah huhu.. Sakitnye kuat tapi tak pahamla nape lambat sangat nak fully dilate tu. Mungkin betulla kot orang kata anak sulung ni memang lambat sket... Sakit tak payah cakapla. Contraction pernah cecah angka 80. Pehh masa tu memang sakit sangat. Aku asik dok bagitau hubby nak berak nak berak.. Tapi sebenarnye tu baby nak keluarla tu. Aku takleh teran sebab jalan belum bukak penuh kan. Terpaksala tahan. Cuba korang bayangkan, korang nak berak sangat-sangat dah tapi kena tahan nak berak tu sebab toilet ada orang. Haa macam tu la rasanya. Seksa bukan? huhu

Disebabkan jalan lambat bukak, doktor pun cuba cara manual untuk cepatkan bukaan. Caranya ialah, dia seluk tangan dia dalam aku punye tut tu, pastu dia godek-godek. Err cane eh nak cakap, dia macam tolak tolak tangan dia tu kuat-kuat. Sakit woo.. Tapi tahan jela huhu.. Memang keje aku menahan jelaaaa.... Hubby aku yang kat sebelah pun seriau je tengok doktor tu buat. Doktor tu bagusla, sebelum buat tu dia mintak izin husband aku dulu.. Maklumle, doktor nye doktor laki huhu... Dah lepas dia godek-godek, tak lama lepas tu jalan bukak 8 cm...

Dekat pukul 7 malam, sakit makin kuat dan aku memang tak boleh nak tahan sangat dah. Dok genggam tangan hubby sekuat-kuatnye. Bila contraction tu datang aku tanya hubby berapa bacaan kat monitor. Pastu berharap cepat-cepatla hilang sakit. Aku dah tak tahan dah nak tahan ni.. Hubby pun panggil doktor.. Sebab pukul 7 doktor kata nak check bukaan. Bila check doktor kata dah fully dilate. Aku apa lagi, suka la sebab dah boleh teran kan huhu.. Doktor suruh aku tunggu dulu kejap, dia nak panggil nurse. Bila nurse datang, dia check baru 9cm. Huwaaaaa... aku dah tak tahan wehhh... Pastu dorang bincang-bincang dorang cakap kalo aku nak teran pun bleh dahla sebenarnye...

Maka, bermula pukul 7.15 malam, aku pun start meneran.. Sebelum start tu doktor bagitau aku, bila sakit datang, cepat-cepat tarik nafas panjang pastu teran sekuat hati. Teran tu macam nak teran kuarkan taik kalo sembelit hahaha.. Ohhh itu kepakaran aku! huahuahuahua.. Aku kan memang ada masalah sembelit. Dah pro sangat dah meneran time sembelit ekekekeke...

Aku ikut nasihat doktor, bila sakit datang, aku tarik nafas panjang-panjang, aku teran sekuat-kuatnye huhu.. Bila agak dah semput aku curi nafas. Cara curi nafas, sedut cepat-cepat pastu teran balik. Then masa teran tu pastikan jangan keluarkan suara. Kalo tak, penattta.. Memula tu aku ada kuarkan suara jugak. Patu hubby tego. Terus lepas tu aku teran tanpa kata ehehe..

Doktor dan nurse, 3 orang semuanya, tak putus-putus bagi kata semangat. "Ajan mama.. ajannnn... Kepala baby sudah nampak ni... Ajan lagiii..." Ajan tu teran la dalam bahasa orang Sabah ni ehehe.. Masa nurse kata kepala dah nampak, hubby tanya, "ye ke??" Dia dok sebelah aku so dia tak nampakla kepala dah keluar ke ape. Nurse suruh dia tengok tapi dia tak nak ehehe... Hubby aku gerun tengok darah ni.. Dia masuk temankan aku ni pun kira bertuah sangat dah aku ehehe..

Aku rasa aku 4 kali teran kot.. Akhirnye jam 7.30 malam, baby Shaheem pun selamat keluar.. Gedebukkk dia keluar ehehe..Hubby kat sebelah bagitau, "baby dah keluar dah sayangg....." Yang terkeluar dari mulut aku hanyalah ungkapan "Alhamdulillah" tak henti-henti.. Baby awalnye tak nangis. Aku sibuk dok tanya nurse kenapa dia tak nangis.. Nurse kata biasa la tu.. Tak lama lepas tu baru dia nangis. Huuu sebak je rasa bila dengar. Dah potong tali pusat, nurse pun letak atas dada aku. Sebelum tu nurse tanya baby ape.. Alhamdulillah, baby boy :) Panas je badan baby.. Berlendir-lendir, darah tak banyak.. Kepala Shaheem masa mula-mula keluar tu macam lonjong sikit macam kena vacuum tapi tak sebenarnye. Lonjong tu kes aku teran masa jalan baru bukak 9cm huhu.. Gelojoh tak sabar nak meneran hihihi...

Tak lama lepas tu hubby amik untuk azan dan iqamatkan dia.. Memula dia nangis. Tapi bila abah dia dah start azan, senyap je dia.. Sebak jugak aku masa tu huhuhu... Happy sangat-sangat sebab semuanya selamat. Baby selamat dan aku pon selamat...

Tapiii... perjuangan belum selesai huhuh.. Selepas anak dah keluar, nak keluarkan uri la pulak. Tapi nak keluarkan uri ni kita tak perlu teran ke ape.. Dia akan keluar sendiri dengan bantuan nurse.. Nurse akan godek-godek dengan tangan untuk keluarkan. Tak sakit sangat. Bila dah keluar nurse akan check cukup ke tak cukup... Make sure takde yang tertinggal. Pastu dorang bersihkan dan masukkan dalam beg khas. Bagi kat hubby aku untuk diuruskan...

Selepas uri dah keluar.. tibalah masanya untuk sesi jahit menjahit huwaaaa.. Pada pendapat aku la kan, sakit jahit ni laaaagi teruk dari sakit masa teran nak beranak tu. Serius! Masa teran aku takde rasa ape pun.. Tapi bila jahit, Ya Allah, Tuhan je yang tau macamana rasanya huhu.. Masa dia jahit bahagian dalam, bahagian isi tu tak terasa sangat sakitnye. Tapi bila dia dah start jahit bahagian luar, kat kulit tu, aduhaiii... Sakit! Dia tarik benang panjang-panjang dan kuat-kuat. Aku suruh dia buat slow slow tapi nurse kata tak bolehhh. Kalau slow slow nanti jahitan tak kemas dan tak ketat.. Nanti senang bukak.. Aduii.. Maka, sekali lagi aku kena buat keje menahan... Berair jugak mata aku huhuh... Dia takde inject ubat bius ke ape. Dia cuma spray je.. Macam takde efek je spray tuh huhu..

Jahitan nurse kata banyak jugak sebab koyak banyak huhuhu.. Koyak banyak tu sebab satunye Shaheem besar, dua, masa dia keluar tu tangan dia kat tepi kepala. Tiganya, terlalu banyak koyak sebab kulit aku nipis... Nurse siap cakap, awak kena plan lama sket ni. Sebab kulit nipis sangat.. Huahua nurse nih, anak 1st baru je keluar, dah suruh aku plan anak nombor dua pulak...

Dah selesai proses jahit menjahit, nurse amik baby dari dakapan aku untuk dibersihkan dan dipakaikan baju... Hubby masa tu dah keluar beli makanan untuk aku. Dia tengok kejap nurse dok jahit aku tu. Ngilu katanya.. Yang tengok pun dah ngilu, yang merasa ni lebih daripada ngilu!

Tadaaaaa...
Shaheem dah siap dibersihkan dan dipakaikan baju :D
Nurse tak mandikan pon.... tapi saya tak busuk hihi
Muka blur je Shaheem eheh

Malam tu aku bermalam dalam labour room sebab wad penuh. Esoknya, 7 Mac, dalam pukul 10 pagi aku dihantar masuk ke dalam wad. Discharge malamnya pada pukul 7.30 malam lebih kurang...

Alhamdulillah, aku bersyukur sangat, apa yang aku hajati selama ni dimakbulkan Allah.. Aku selalu doa dapat lahirkan anak ni dengan selamat dan anak aku pun sihat sempurna semuanya. Memang macam tak percaya dapat lahirkan Shaheem secara normal since dia dah berak dalam perut pastu besar lagi.. Tapi alhamdulillah lah, Allah tolong permudahkan untuk aku. Jalan memang lambat bukak tapi aku takde masalah nak meneran. Alhamdulillah alhamdulillah......

Terima kasih buat mak ayah yang setia menunggu di hospital. Tak henti-henti berdoa agar aku dan baby selamat. Buat suami juga yang sentiasa ada di sisi aku. Aku kira bertuah la sebab hubby dapat teman aku dalam labour room. Orang yang dapat bersalin tanpa suami di sisi memang hebatlah. Aku respect sangat. Aku tak taula macamana keadaan aku kalo hubby takde huhuhu..

Apa-apa pun, aku lega sangat semuanya dah berakhir.. My cute lil baby has finally been born :)

- TAMAT -

Amacam cerita bersalin aku? hehehee... Over tau panjangnye. Sekadar berkongsi pengalaman. Pada yang membaca, just bear in mind, lain orang, lain kisahnya, lain pengalamannya. Jangan ingat apa yang aku alami ni korang pun akan alami benda yang sama. Yang sakit contraction tu wajibla sama, cuma yang complication ape sume tu lain.. bergantung pada keadaan masing-masing. Yang penting korang kena stay positive selalu dan sentiasa ingat Allah. Betul aku cakap ni. Sepanjang aku sakit, mulut ni tak berhenti berzikir dan berdoa pada Allah. Banyakkan baca tasbih Nabi Yunus, selawat syifa' dan zikir-zikir lain. Bacalah semua ayat Al Quran yang korang ingat. Aku ada baca jugak surah An-Nahl ayat 78.. Baca banyak-banyak kali. Sakit memang tak hilang tapi sekurang-kurangnya kita ada kekuatan dan keyakinan Allah akan tolong dan lindungi kita masa tu. Insyaallah.. 


All the best to all mommies yang akan bersalin tak lama lagi. Semoga dipermudahkan semuanya dan Allah sentiasa melindungi kalian! :)

Saturday, March 10, 2012

Introducing Our Bundle of Joy


Name: Saif Shaheem bin Shamsuddin
D.O.B: 6 March 2012 (39w 3d)
P.O.B: Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah
Height: 51 cm
Weight: 3.6 kg

Thursday, March 8, 2012

6 Mac 2012, 7.30 malam - Selamat Sudah :D

Assalamualaikum!

Hehehe... 

Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan permata hati yang ditunggu-tunggu pada tarikh dan waktu yang disebut di atas..

Baby adalah BABY BOY!

Berat baby (penting ni haha) adalah 3.6kg! Huahuahua.. Berkat makan tak hengat seminggu sebelum deliver. Adei....

Delivery nye adalah secara normal (alhamdulillah Allah makbulkan doa aku, syukur tak terhingga!)

Without episiotomy bermakna koyakan adalah sangat rabak! Erkk ngilu lagi bila ingat masa jahit tuuu..

Nanti aku cerita lebih lanjut ehhhh... Sekarang busy berusaha menyusukan anak setiap jam. Nak elak dari masuk wad sebab jaundis. Dan tak mudah ok nak bagi susu huhuhu.. Aku tak reti nak sua puting, baby pulak tak reti nak menghisap lagi. Adeiii hari-hari perang saudara dengan anak sendiri. Tapi ape-ape hal pun kena sabar!!!! Insyaallah membuahkan hasil kan kan..

Terima kasih buat korang yang senantiasa menjenguk blog aku, membaca kisah-kisah tah pape aku.. Tak kirala silent reader ke bising reader ke ehehe.. Semua aku hargai! Terima kasih sebab korang sentiasa mendoakan aku.. Insyaallah aku doakan juga yang baik-baik untuk korang :)

Lebiu olls.. Nanti aku cerita pengalaman bersalin tu.. Dalam labour room dah siap karang ayat dah hahahaa.. Dasar blogger tegar :P

See ya! :)

Thursday, March 1, 2012

Review Doktor Hosp Likas & Doktor KKIA Tuaran

Assalamualaikum,

Semalam 29 Feb 2012 aku ke Hospital Likas.. Sepatutnya kena jumpa gynae untuk discuss plan of delivery.. Tapi aku sangat-sangatla tidaaaakkk puas hati sebabnya yang aku jumpa tu bukan gynae pun... Aku rasa dia doktor biasa or maybe doktor pelatih je sebab dia nak guna mesin scan tu pun tak reti!! Arghhhh tension aku.... Dahla aku tunggu lama.. Dari pukul 10 pagi menunggu, pukul 12 baru nombor aku dipanggil.. Bila masuk bilik dan jumpa doktor yang sangat blurrrr, memang buat aku panas hati jugakla.. Tapi sabar jela.. Malas nak melayan... 

Sambil dia scan aku sambil dia mencarut, "Oh shit oh shit.." sebab dia tersalah tekan button... Nak print pun tak reti.... Aku diam je.. Dalam hati dok membebel biar betul doktor ni kan.. Aku datang ke Likas ni dengan harapan dapat jumpa gynae yang betul-betul dapat advice condition aku memandangkan aku ada GDM... Bukan perkara biasa kalau mengandung. Dah ada GDM ni pregnancy is very risky.. Baby besar etc.. Tapi bila dapat doktor yang scan pun tak reti, macamana aku nak mintak advice atau opinion kan??? Hangin jeeee....

Scan for the first time dia takleh nak print. So dia mintak permission dengan doktor bilik sebelah untuk guna mesin scan kat situ. Doktor kat bilik sebelah tu aku kenal. Dia senior la.. Dia yang check aku masa kes placenta praevia dulu.. 

Aku ingat dia reti la guna mesin scan yang ni.. Rupanya terkial-kial jugak. Adeilaaa... Maybe lama sangat dia dok scan, doktor yang senior tadi tu masuk tanya khabar.. Dia tengok doktor ni scan and banyakla dia tegur.. Banyak salah..... Huhuhu.. Aku dok berharap sangatla doktor senior ni yang akan take over scan aku tapi tak.. Dia just tolong tunjuk je macamana nak amik measurement... 

Estimated fetal weight semalam ialah 3.6kg! Mau menangis aku dengar.. Then doktor senior tu cakap it should not be 3.6kg sebab physically perut aku tak nampak besar.. Doktor senior tu pun pegang-pegang perut aku dan bagitau baby mungkin around 3.3kg-3.4kg je.. Dia kata doktor tadi banyak missed steps and mungkin measurement dia pun tak berapa nak accurate.. So dalam buku pink tu dia letak 3.32kg.... Tak puas hati sangat-sangat okkay!!!!!

Aku sangat menitikberatkan berat baby ni sebabnya aku kan ada GDM.. Bila ada GDM ni, baby biasanya besar.. Bila dah besar sangat aku mungkin kena bersalin awal atau mungkin kena operate.. Dia bleh pulak kan buat main-main benda ni.. Aku memang nak marah jugakla.. Tapi tahla, rasa cam malas sangat-sangat nak layan semalam.. 

Apa-apapun, plan doktor ialah, kalau aku takde rasa sakit ape-ape, aku kena masuk wad 8 Mac ni untuk induce......

Itu cerita semalam.. Hari ni aku ke KKIA Tuaran pulak untuk jumpa MO. Sepatutnya untuk review result BSP Part 3 aku je.. Takde scan ke ape sebab dah scan kat Likas semalam. Tapi aku request dengan doktor nak scan sebab aku tak puas hati semalam.. Nasib baikla doktor ok je. Senyum je dia bila aku cerita pasal semalam huhuhu... 

Bila discan scan, doktor kata baby aku memang tak besar sangat dan takdela sampai 3.6kg tu... Around 3kg to 3.4 kg jelah... Alhamdulillah lega sangat-sangat... Memangla berat ni estimated je.. Scan ni tak accurate sangat tapi sekurang-kurangnya dia bagi aku perasaan lega. Dia buat aku pikir positif. Sebab aku hari-hari takut baby besar sangat.. Takut tak boleh nak deliver normal.. Takut ada masalah masa nak bersalin nanti.. Bila dengar positive news, legala sikit hati.. Bolehla chillax skett huhuhu...

Hmm apa-apa pun tengokla bila aku deliver nanti..

Sakit sendiri atau kena induce? Wallahualam... Doktor bagitau tadi kepala baby dah ke bawah tapi belum engage lagi.. Due date aku 10 Mac... Kalau tak sakit, 8 Mac ni kena induce... Korang doa-doakanla aku ye.. Semoga selamat semuanya, dipermudahkan semuanya, insyaallah....

BSP Part 3

Assalamualaikum,

Dah 3 kali buat BSP. Boleh baca cerita BSP Part 1 & BSP Part 2...

Result BSP part 3 very the awesomeness! Betul.. tak tipu ni ehehehe...

8.00 pagi: 4.2
11.30 pagi: 4.5
5.30 petang: 3.1
9.30 malam: 3.2

Alhamdulillah result tersangat-sangatla ok kanss... Tapi ada cerita di sebalik result pukul 9.30 malam tu ehehehe..

After amik darah pukul 5.30 petang tu, aku makan oat dengan kismis je.. Lapar memang laparla.. Bila lapar aku minum air masak banyak-banyak... Menunggu saat 9.30 malam tu memang menderita jugakla.. Mak aku suruh jugak makan nasik sebab dia kata oat tu sikit sangat. Pastu dia takut aku hypo pulak (gula rendah).. Tapi aku tak nak sebab takut kang makan nasik over pulak darah naik. Tak nakkk.. So aku tahan...

9.30 malam, cucuk jari amik darah.. Result ialah, 2.9! Huahuahua.. misi terkejut.. Terus dia tanya aku makan ke tak.. Makan ape bla bla.. Dia marah sebab aku makan oat je hihihi.. Disebabkan 2.9 tu sangatla rendah, dia suruh aku makan gula-gula dulu... Aku pun makanla.. Then amik darah kali kedua.. Kali ni bacaannya ialah, 2.7! Hahahaha lagi rendah ni.. Geleng kepala je nurse tu. Last last dia suruh aku minum milo dengan makan biskut dulu pastu rehat setengah jam baru amik darah kali ketiga.. Aduii kesian jari mulusku.. Tapi apa boleh buat......

Sempat posing sebelum minum milo dan makan beskot tart nenas kehkeh..
Perut 38 minggu 5 hari! Wah wah molat kann..


Aku mula-mula takut jugak nak minum milo tu sebab takut gula tetiba naik mendadak ke ape huhuh.. Tapi nurse tu yakin je tak.. Jadi aku minum jelaa.. Rehat setengah jam, amik darah lagi sekali dan alhamdulillah, resultnye 3.2 ehehehehe... Senyum lebar... Nurse kata aku ni takde GDM dah ni... Kalo ada pun tak tinggi...

Apa-apa pun, aku legala.....

Lagi lega sebab dah tak perlu repeat BSP lagi dah.. Sekarang rehat, dok diam-diam.. tunggu masa nak beranak je :)