Wednesday, November 21, 2012

Teringin, tapi....

Assalamualaikum,

Entry sebelum masuk tidur. Harini tidur dengan si kecik Shaheem je. Abahnye on duty. 

Apa yang aku teringin ni?? Bukan teringin nak makan durian crepe.. Tapi ni lagi jauh lagi sedap dari durian crepe. Aku teringin nak baby nombor dua! haha.. 

Teringinnnnnnnnnn... Lebih-lebih lagi bila merasakan cik Shaheem dah besar. Dah takde bau baby. Bau asyemmm dah dia. Rindunye nak bau baby yang wangi tuuu... Rindunye nak pelok-pelok baby. Shaheem sekarang kalau peluk dia, dia pandai pok pok muka kita huhu. Konon rimas la tuu.. Tapi best gak dia pok pok, aku gomo gomo dia lagi sampai dia gelak tak hengat hehehehehe... Erm rindu nak breastfeed juga.. 

Tapi kan... aku dah ready ke nak ada second baby ni??

Macam tak je huhu... Entahla. Kalau tanya hubby memang dia kata, bukan sekarang. Tunggu Shaheem 3 tahun katanya. Waa lama tuuu Shaheem 3 tahun.. Kalau 2 tahun okla kot kan.. Tak taula nape hubby tak nak lagi. Mungkin sebab dia tak percaya aku bleh handle 2 anak.. Time Shaheem cranky ke ape memang akan selalu keluar dari mulut aku, "aduh Shaheem, mama tak laratlaaaa.. " Then hubby akan keluarkan ayat pedas, "nak anak ramai tapi jaga sorang ni pun dah tak larat..." Sentap kejap sobsob.. Memangla aku tak larat, tapi tak larat tu tak bermakna aku tak sanggup dan tak akan jaga. Betul tak? Korang penah tak cakap korang tak larat? Huu janganla aku sorang.. 

Tapi tu lah... mungkin betul jugak. Aku ni belum master lagi nak jaga anak sorang, apatah lagi nak jaga 2,3 anak yang gap dekat-dekat. Tapi, alah bisa tegal biasa kan?? Kalau anak sendiri, nak tak nak kena jaga la jugak. Ape susahhh...

Hubby penah cakap ngan aku pasal kawan dia, ada anak 5 orang. Kecik-kecik je lagi semua. Dia cakap macamanala kawan dia handle. Aku jawab, "senang je bang, KERJASAMA..." Betul tak? Kalau both husband and wife bekerjasama jaga anak, insyaallah tak susah. Kerja akan jadi mudah. Masa mama tengah sibuk handle adik, abah handle la abang or vice versa. Kalau semua nak harapkan mak je memang tak lah! 

Hmm teringin...

Wednesday, November 14, 2012

Cerita Bergambar ehe

Assalamualaikum,

Shaheem tengah tido! Kena update blog laju-laju sebelum dia bangun.

Phew, sibuk betul sekarang ni. Sibuk melayan Shaheem yang dah banyak akal tu. Shaheem dah 8 bulan dah. And guess what, masuk 8 bulan ni, aduiiii dia betul-betul dah berubah. Asyik meragam je. Pastu kurang hisap susu. Makan pun tak mau sangat. Risau hati ni tapi tengok dia aktif macam biasa rasa lega sket. Tanya jiran-jiran dorang cakap memang biasala budak umur macam ni tengah nak besar. Banyak ragam. Tak mau menyusu tu katanya sebab nak ringankan badan nak berjalan. Huu hopefully betul la apa yang dorang cakap tu. 

Last week pegi klinik berdua dengan mama. Dah ada car seat kann hehe.. Alhamdulillah dia ok je dok dalam car seat. Mulut je bising bercakap dalam bahasa dia, "baa baa baaa.."



Berat terkini, 9.1kg dan tinggi 73 cm. Memang berat dan memang tinggi! Hehe.. berat tu ikut mama kottt and tinggi ikut abah.

Budak demam tapi tak reti dok diam

Sehari selepas pegi klinik tu, demam pulak... Tetiba je badan panas. Risau jugak aku sebab Shaheem dah lama kot tak demam. Sampai aku pun blur tak tau nak buat ape huhu... Thanks to Gojes Blogger Supermom yang banyak bagi tips <3

Sekarang suka sangat berdiri. Mana-mana tempat yang dia bleh pegang dia akan bangun berdiri. Fave place semestinya dekat gril ni.. Dulu kena pegang dua-dua belah tangan. Sekarang action, sebelah tangan je pegang.. Lagi satu Shaheem ni dah pandai jugak nak lepas-lepaskan tangan. Adui gerun betul aku.. Dah tak tau berapa banyak kecederaan dah dia dapat disebabkan kebuasan dia nih. Bibir dah pecah dah sekali huhu.. Anak anak, nak besar ni macam-macam peel la!

Sekarang susah betul nak pakaikan cd, nak pakaikan baju.
Mama kena berpeluh-peluh kejar dia baru bleh pakaikan huhuhu
Ni dia nak larikan diri dengan cuba untuk panjat sofa. 
Of course tak dapatla kannn hehe

Ni tempat kegemaran. Suka berdiri kat sini

Haa ni lagi satu kegemaran dia. Berdiri kat stroller.
Aku lock tayar belakang tak bagi gerak.
Kalau bergerak memang bahayala dia bleh jatuh.
Gambar yang dia baring tu dia dah jatuhla tu hehe

Masuk dalam bakul!

Sedang khusyuk tengok Masterchef

Ololololo anak abah :')
Masa ni abah dia baru balik selepas beberapa hari on duty.
Kira lama jugakla tak jumpa. Memang nak abah je bila abah ada.
Tido pun nak pegang abah.


Eh eh Shaheem kannn... Suka buat jari dia macam ni.........

Hubby kata macam Shaheem buat sign F tu je huaaaa
Sape ngajor nihhh...


Sekian, cerita bergambar :D

Monday, October 8, 2012

Saif Shaheem 7 Bulan :)

Assalamualaikum,

Oh yes, masuk bulan Oktober ni Shaheem genapla 7 bulan. 7 bulan uols. Dah besar dah anak terunaku huhu..

Latest weight and height takde sebab 7 bulan ni takde visit ke klinik. Insyaallah next month pegi klinik lg. Tapi aku rasa Shaheem ni makin berat jek huhu.. Penat nak mendukung. Dia makan, takla banyak sangat. Suka sembur je lebih. Tapi susu banyakla. 

Oh ye, cakap pasal susu kan... haritu aku ngan hubby kena sound dengan mak kawan hubby.. Dia kata aku dengan hubby catu sangat susu Shaheem wuhuhu.. Aku kan bagi Shaheem susu every 3/4 hours. Let say Shaheem hisap susu pukul 3 petang, next susu aku akan bagi dia pukul 7 malam. Or maybe earlier, dalam pukul 6 lebih. In between aku bagi dia minum air kosong. Dia cakap kesian kat Shaheem. Dia kata dia pengalaman anak 10 orang tak penah ada jadual bagi susu ni. Tiap kali anak merengek mesti bagi susu... Hmmm masalahnye Shaheem ni jarang nak merengek. Kalau dia merengek lapar pun memang ngam ngam 3 hours/ 4 hours after last feeding. Aku bukanla catu sangat. Aku bagi ikut jadual sebab Shaheem kan minum susu formula. Kalau dia bf aku sure takkan catu punye.. Tapi sebab minum fm ni aku takut nak bagi dia banyak-banyak.. Sekali minum habis 5oz tu pun aku dah rasa banyak sangat huhu.. Salah ke aku disiplinkan jadual minum Shaheem? huu sedih tetiba.. Rasa macam I'm a bad mother pulak :(

Ok ok dah. Sad feelings shoo shoo go away!

Shaheem 7 bulan dah pandai ape?

Pandai membuasssss... Huahuahua mama dan abah (mama terutamanya) dah penat nak mengutip Shaheem. Sekarang dah pandai crawling ala askar dah.. Laju plak tu! Lebih laju dari aku tau. Tak terkejar sometimes. 

Ni video Shaheem crawling :)


Kalau tak betul betul tengok dia, dia akan merayap ikut suka hati dia. Macam semalam, aku dengan hubby syok berbual. Tetiba tersedar yang Shaheem dah takde ngan kitorang. Terkejut jugak aku. Dia rupa-rupanya dah merayap masuk dalam bilik sorang-sorang. Bilik gelap pulak tu. Tak takut lak dia ye..

Ni yang paling bahaya pernah dia buat.
Aku nak mandikan dia masa ni. Baru siap-siap sediakan air mandi dia (Shaheem mandi air suam lagi).
Tetiba je dia dari ruang tamu datang depan pintu bilik air. 
Mama tergamam bukan nak amik Shaheem tapi amik gambar nak buh dalam blog haha..
Bahaya betul dak Shaheem nih huhu

Ni favourite spot Shaheem. Tepi sliding.
Pagi-pagi, petang-petang suka sangat amik angin kat situ ehe

Ni tengah tengok decoder astro ke tengok muka sendiri dalam cermin?

Haa ni pulak gambar gigi Shaheem hihihi.. Alhamdulillah dah ada gigi dah dia. Yang atas belah kanan tu dah banyak dah keluar. Belah bawah dah rasa tajam-tajam. Hii tak lama lagi budak tu ada gigi rabbit la. Sure kiut kan? :)

Susah nii nak snap!


Harini Shaheem buat benda baru lagi.. He can sit on his own! Unattended! Yayyyy... Aku tengah sibuk berfesbuk masa tu. Shaheem pulak macam biasa suka sangat main wheel stroller dia. Aku biarkan jela.. Sibuk berfesbuk kann hehe.. Sekali aku saje nak tengok dia buat ape. Tengok-tengok dia dah duduk macam ni. Excited gila aku haha.. Cepat-cepat amik gambar. Nasib baik dia sporting. Duduk je. Biasanya klu nampak keluarkan henpon nak amik gambar dia sibukla nak rebut.. Tapi kali ni tak. Goodboy Shaheem. Bolehla mama capture special moment ni :)





Suka sangat tengok anak yang dulunya kecikkk je, sekarang dah besar dah. Alhamdulillah. Shaheem sihat-sihat selalu ye. Aktif-aktif selalu, baik-baik selalu. Bila tengok Shaheem besar camni rasa terharu pulak huhu... Rindu dia baby baby dulu.. Ermm nak bagi adik kat Shaheem, abah kata tunggu Shaheem umur 3 tahun. Waa lamanye lagi. Takpelah, mama bagi perhatian sepenuhnya kat Shaheem dulu lah.. Mmmmuahh mmuahh I love you, boy! Dunia dan akhirat :)


p/s Jemputla singgah ke online store mama Shaheem hehe - Sweet Little Pumpkin


Wednesday, September 26, 2012

Little Monster

Assalamualaikum,

Shaheem kan, semenjak dah besar ni suka sangat kacau aku buat keje.. Or sometimes kacau aku tengok tv. Tak reti nak dok diam main sorang-sorang hehe...

Ni gambar semalam ni. Masa aku tengah lipat kain baju, cd, dia datang menyebok. Adoiyaii... habis baju yang mama dah lipat cantik-cantik tu...




Oh my lil monster. Nasibla kamu ni adorable....


Disney pants on sale! Anyone interested? :)

Monday, September 24, 2012

2012 Babies: Jom Share Due Dates & Jom Check Sape Dah Bersalin! :D

STICKY POST!
Scroll down for latest story from me :)


Assalamualaikum,

Heee... edisi sharing due dates muncul lagi... Mommy to be jomla share bila due date korang. Nanti kita bleh tengok anak kita sebaya dengan anak sape. Leh kawan-kawan hihihi...




Dalam masa yang sama aku dah update dari list due date yang lepas mommies mana yang dah selamat bersalin. Termasuk aku la tu ehehe.. Tahniah pada semua yang dah selamat melahirkan permata hati masing-masing. Syukur alhamdulillah dengan kurniaan Allah ni kan. Sama-sama la kita doakan anak kita ni menjadi anak yang soleh dan solehah nanti, insyaallah..

Moms to be boleh bagitau due date kat comment. Nanti aku update dalam list. Yang dah bersalin pun boleh share jugak. Boleh tengok anak kita geng dengan anak sape ehehe

Kalau nak tahu cerita pasal moms yang dah selamat bersalin, boleh click pada nama anak dorang yang comel-comel tu k. Aku dah letak link :D

Seronok tau kumpul-kumpul info macam ni.. Boleh tengok berapa ramai mommies yang lahir on time dengan EDD, hampir-hampir dengan EDD ataupun past EDD. Pastu bleh tengok berapa orang dapat baby boy, berapa orang dapat baby girl :)

Januari
Fiezalisa - 6 Jan 2012
(Alhamdulillah, dah selamat bersalin dah pun mommy kita ni pada 29 Dis 2011. Baby boy! Muhammad Hadif Rizqy :)

Cik Laili - 9 Jan 2012
(Cik Laili selamat bersalin pada 13 Jan 2012. Alhamdulillah. Baby boy! Muhammad Ammar Rizqi :)


Ika - 10 Jan 2012
(Ahamdulillah, dah selamat bersalin jugak dah pada 31 Dis 2011. Baby boy! Abdullah Ammar :)


Mommy Cha - 13 Jan 2012
(Alhamdulillah Mommy Cha dah bersalin pada 9 Jan 2012. Baby boy jugak! Muhammad Mikhail Riefqee :)


Sisanizu - 16 Jan 2012
(Alhamdulillah dah selamat melahirkan baby girl pada 16 Jan 2012. Aishah Ayra:)


Kami (Mommy Fadhilah) - 25 Jan 2012
(Alhamdulillah dah selamat melahirkan baby girl pada 28 Jan 2012. Nur Amna Feeras :)


Nurul Aziz - 28 Jan 2012
(Alhamdulillah dah selamat bersalin pada 26 Jan 2012 Baby girl! Ayra Batrisyia :)


Mimy Hamid - 31 Jan 2012
(Alhamdulillah Kak Mimy dah bersalin pada 31 Jan 2012. Baby boy! Megat Nufail Anaqi :)

Februari
Ciksuen - 13 Feb 2012
Alhamdulillah Cik Sue dah bersalin pada 13 Feb 2012. Wah tepat on due date. Baby girl! Nur Adriana Sufi.  :)


Maisara My  -17 Feb 2012
Alhamdulillah Mai dah bersalin pada 16 Feb 2012Baby girl! Nur Aliyah Zulaikha :)


Cik Coklatsweet aka Haiza - 18 Feb 2012
Alhamdulillah Cik Coklatsweet kita ni dah bersalin pada 15 Jan 2012. Awal sebulan tu ehe.. Baby dah tak sabar nak jumpa mommy & daddy dia.. Baby boy! Muhammad Ilhami Ilman :) 


Mac
Puan Sue - 2 Mac 2012
24 Feb 2012, alhamdulillah a beautiful baby girl was born. Mumtaz Aqilah :)

Erina Asmawani - 2 Mac 2012
Erina bersalin pada 23 Feb 2012. Baby boy. Aqil Hamzah :)

Yours truly - 10 Mac 2012
Pasal tuan punye blog semua pun dah tahu kan hehe. Alhamdulillah I gave birth to a one healthy and cute baby boy on 6 March 2012. Saif Shaheem :)

Puan Nadira - 10 Mac 2012
Alhamdulillah Puan Nadira dah selamat bersalin pada 25 Feb 2012. Awal daripada aku sedangkan due date sama dah tu ehe.. Baby Boy jugak! Muhammad Hadif Zhafran :)


Norida Ramli - 21 Mac 2012
Alhamdulillah Ida selamat melahirkan baby girl yang comel pada 12 Mac 2012. Dhia Qasrina :) 


Yannalayola - 26 Mac 2012
Erm aku tak dapat bukak blog mommy Yannalayola sebab blog dia private. Sure dia dah bersalin kan. Cuma tak tau baby girl or boy dan bila dia bersalin. Sape-sape tahu bleh share? :)


Reyna
29 Mac 2012 lahirlah baby boy bernama Rizqi Aqil :)

April
Cik Pingu - 17 April 2012
Alhamdulillah Cik Pingu dapat baby girl pada 3 April 2012. Nur Dhia Khadeeja :)


Aty Fared - 18 April 2012
Alhamdulillah tepat on due date, 18 Apr 2012, Aty selamat melahirkan baby boy. Qaleef Eeman :)


Cik Naa - 24 April 2012
Cik Na pun dah bersalin, Alhamdulillah.. Pada 22 April 2012. Baby boy! Muhammad Razin Mikhaill


Anggerik Hijau - 25 April 2012
CK bersalin awal daripada due date, 13 April 2012. Baby tak sabar jugak tu nak jumpa mommy & daddy hehe.. Alhamdulillah, baby girl! Nor Azra Safiyyah :)

May
Veesakura - 2 Mei 2012
Vee dah selamat bersalin pada 12 Mei 2012. Baby boy! Hussein :)

LoveAqsha - 5 Mei 2012
Alhamdulillah mommy Loveaqsha dah pun selamat melahirkan baby girl pada 21 Apr 2012. Adelia Zahra :)

Nana - 9 Mei 2012
Alhamdulillah Nana dah pun selamat melahirkan baby boy pada 30 April 2012. Muhammad Farish Adyan :)

Cheyan 
Baby girl! Lahir pada 9 Mei. Cut Alya :)


Ida Salmah - 14 Mei 2012
Baby girl lahir pada 18 Mei 2012 :)

Baiduri - 25 Mei 2012
Baby girl! 26 Mei. Dhiya Tasneem :)

Nor - 31 Mei 2012
Nor selamat bersalin pada 31 Mei 2012. Baby girl, Nur Almira Delisha :)

Jun
Faralysa - 10 Jun 2012
Farah bersalin pada 31 Mei jugak kot? huhu.. Tak mention pulak dalam blog. Anyway, baby boy. Muhammad Umar Ukasyah :)

Anis - 12 Jun 2012
Anis selamat bersalin pada 20 Jun. Baby girl. Hannah Nur Zahraa :)

Puan Sazusarin - 18 Jun 2012
Selamat bersalin pada 12 Jun. Baby girl! Nur Sakina Batrisya :)

Mama Dhia - 18 Jun 2012
Baby boy! hehehe.. Lahir pada 14 Jun. Adwa Muhaimin :)

Liyana - 25 Jun 2012
Baby boy! 3 Julai. Muhammad Faiq Harraz :)

Cik Puan Mimi - 30 Jun 2012
Baby boy! 27 Jun 2012. Muhammad Rafif Rifqi :)

Julai
Ekin - 2 Julai 2012
Baby girl! 26 Jun. Izzara Safiyya :)

Lina Chan - 7 Julai 2012
Baby boy! 3 Julai. Muhammad Adam Arsyad :)

ieYoe - 10 Julai 2012
Baby boy! 19 Julai. Muhammad Asim Alif :)

Makcik Rokiah - 28 Julai 2012
Baby girl! 19 Julai. Aisyah Humaira :)

Cik Ogy - 31 Julai 2012

Ogos
Salmia Saidin - 8 Ogos 2012
Zue Amin - 24 Ogos 2012

September
Leeza - 9 September 2012
Cik Puan Rara - 20 September 2012
Ros - 28 September 2012

Oktober
Fuzy - 1 Okt 2012
Siti Nadirah - 3 Okt 2012
MYRAspberry - 31 Okt 2012

Januari 2013
Adah - 5 Jan 2013

Jom jom mommies, share due dates! Takde hadiah just for fun ehehe :D

Friday, September 21, 2012

Anak Abah


Assalamualaikum,

Shaheem ni kalo tengok memang takde rupa aku mahupun hubby. Tengok warna kulit pun dah obvious sangatla kan hahaha...

Shaheem ikut Mak Tok dia. My mom :) Ramai yang cakap macam tu la..

Anyway, Shaheem ni anak manja abah. Manja sangat hokkay. Dengan aku pun tak manja camtu. Jeles tetiba. 

Dia kan, everytime bunyi pintu dibukak, huihhh, tengah elok bermain dengan aku dia bleh pusing cepat-cepat nak pegi kat pintu. Dah nampak abah depan mata laaagila excited. Dia sondol-sondol kepala nak pegi kat abah cepat-cepat.

Pastu time landing atas toto. Dia kat tengah. Dia MESTI pegi menyendeng kat abah. Dia golek-golek rapat ke dada abah. Baring atas lengan abah, main pipi abah. Kalau ngan mama? Bo layan.... Huu memang anak abah la Shaheem ni!

Tapi tapi kalo nak susu, nak tido mesti dengan mama hehehehe

Layanlah gambar Shaheem dengan abah ni...

Abah kata Shaheem hensem macam abah. Putih pun macam abah muehehehehe...

Shaheem haluss je lagi masa ni

Manja kan anak abah.....



Aksi tido pun nak sama macam abah



Bapak mithali, anak soleh hehe.. Tengah baca Yasin ni..

See see.. sama je kan gaya tidonye


Olololo

Aiyarkkk abah penyek Shaheem! Nasib abah kurus hihihi


Abah baru balik dari mana tah ni. Lupe lak. Cepat-cepat nak pegi kat abah

Terlena atas riba abah

Hehe ape pandang-pandang??

Best pic. Galok eh Shaheem! :P


Thursday, September 13, 2012

Rindunye kat blog!! :D

Assalamualaikum,

Heeee lamanye la aih tak update blog ni. Mesti korang ingat aku dah tak wujud kan kan hehehe... Aku ada je cuma malas je nak update blog. Jenguk blog pun jadi malas. Nape tah huhu.. Tapi harini tetiba je rasa bersalah sangat mengabaikan blog ni... Semoga post harini dapat memberi semangat kepada aku untuk terus berblogging :D

Mommies and babies sume sihat ke?? Aku, alhamdulillah sihat walafiat. Shaheem pun alhamdulillah sihat sokmo. Raya haritu kitorang balik 2 minggu. Huh Shaheem besar dalam kapal terbang je hehe.. Pasni dah tak balik kot. Tak larat dah travel. Maybe next year pulaklah kot.

Shaheem dah 6 bulan lebih dah. Dah start makan. Tapi aku bagi dia makan Cerelac je. Huu haritu kemain nak bagi homemade food bagai. Hangat-hangat taik ayam betul la kan mama Shaheem ni. Aku bagi Shaheem makan pun sekali sehari je. Shaheem pun tak makan sangat. Tak sedap kot eh Cerelac beras campo soya tuh. Insyaallah nanti mama bagi Shaheem healthy food. Sekarang takde bahanla. Laaama gile tak pegi pasar. Selalu abah dia je pegi.

Checkup 6 bulan haritu Shaheem kena 2 injection. Satu untuk measles di bahu dan satu lagi untuk hepatitis di peha. Measles tu Sabah je kena. Aku ada tanya nurse kenapa Semenanjung tak kena. Dia kata sebab kat Sabah ni ramai foreigners. So dorang takut foreigners ni bawak penyakit measles tu... Untuk mengelakkan anak-anak di Sabah ni terkena penyakit tu, kena la inject imunisasi untuk measles. Shaheem meraung tak hengat lepas kena cucuk tu hehe.. Kesian dia... Luckily dia tak demam. Risau jugak aku takut demam sebab dia kena 2 jarum kan.. My son is strong. I know :)

Meh jamu mata tengok gambar latest Shaheem :) He's 8.6kg now. Kusss semangatt :D

Fave all time - hisap jari

Dengan sepupu belah family abah. Beza 3 bulan je :)

Sexy!

Eat. Nap. Play. Tu jela keje Shaheem hari-hari hehe

Dalam flight KL-KK. Ceria je. Tak nangis pun. Good boy!

Tengah hepi main remote astro. Mana ada budak tak suka main remote kan?

Golek-golek sampai tersangkut kat kaki meja hehe..

Cubaan nak cabut broadband 

Kacau abah nak berfesbuk. Suka betul dengan laptop huhu

Ececece dah pandai menyenggeng dah sekarang.. Cubaan nak duduk.

Gambar passport. Haha kelakar. Muka baru bangun tido!

Ni tengah tengok tivi.

Sibuk nak main fesbuk jugakkkk...



Thursday, August 9, 2012

Video Shaheem Golek-golek


Tengokla Cik Shaheem ni. 
Suke betul golek-golek.
Penat tau mama nak angkat.
Dah angkat letak atas tilam dia golek golek lagi.

Semalam pukul 2 pagi abah dia bangun tengok dia takde kat sebelah.
Rupanya dia tido tergolek atas lantai.
Aduiyai anak.
Mama tido tak sedar hahaha

Geram je tengok dia garu-garu betis dia tu hahaha

Shaheem 5 Months Old

Assalamualaikum,

Ahh cepatnye masa berlalu! Anak terunaku dah berusia 5 bulan. Rasa macam baru semalam lahirkan dia hehehe...

Dah masuk bulan 5 bulan kenala pegi klinik untuk checkup dan cucuk.. Kitorang pegi klinik pukul 10 pagi. Sebab Shaheem dengan mama bangun lambat haha.. Syok betul tido golek-golek atas toto.

Sampai-sampai je terus timbang sebab weighing scale tu dia letak kat luar. Timbang je sendiri...

Berat Shaheem terkini: 8.1kg!

Heh now wonder mama dah malas nak dukung Shaheem. Berat woo... Dahle sekarang ni Shaheem suka golek-golek. Dari elok je dok atas toto dia boleh bergolek sampai ke lantai. Penat mama nak angkat. Kekadang geram nak heret atau tarik je dia. Haha mama kejam!

Tak lama pun menunggu turn jumpa nurse. Bila masuk ukur panjang pulak.

Shaheem sekarang 71cm. Tinggi anak mama ni ye hehe.. Ikut abah la tu.. Mama tinggi jugak tapi takdela tinggi sangat.

Then nurse tanya, "puan ada apa-apa kebimbangan mengenai anak?"

Yup! Shaheem ada ruam susu kat dagu. Awal-awal haritu macam tak teruk sangat. But day by day it's getting worst.Ada bijik-bijik merah dan tebal. Risau jugak. Shaheem la ni. Bila minum susu selalu meleleh keluar. Pastu suka pulak sembur-sembur air liur. Hisap jari lagi. Comot dengan air liur je. Sebab tu mudah kena ruam.

Masa ni ruam baru nak timbul

Nurse pun bawakla Shaheem jumpa doktor. Doktor prescribed krim sapu. Sapu 3 kali sehari. So far dah ok sikit kot? Masih tebal tapi dah kurang merah. Hopefully in few days okla tu. Takmaula raya nanti dagu penuh ruam Shaheem oi!

Other than that, takde kerisauan lain. Anak mama sihat walafiat. Alhamdulillah :)

Shaheem dah boleh angkat dada dah kalo meniarap. Kepala dia pun dah kuat. Dia dah pandai jugak angat lutut dan pinggang gaya macam nak merangkak tu. Tapi belum boleh merangkak lagila. 


Haa ni peel baru dia. Suka bergolek-golek. Elok-elok dok atas toto, mama pusing belakang tengok dia dah kat atas lantai dah huhuhu.... 




Dia dah tak mau dok atas riba sangat dah. Suka meniarap dan bergolek. Kalau riba pun bukan leh dok diam. Nak melompat je keje huhuhuh... Lenguh habis segala urat dan sendi mama ni tau Shaheem!

Tido pun nak meniarap je sekarang.. . 





Macam-macam gaya hehehe... 

Alhamdulillah Shaheem lepas inject haritu ok je, tak demam. Balik dari klinik mama terus suap ubat. Dan macam biasalah disembur keluar huhuhu.. Air masak pun dia takmo minum ni. Susu pun dah macam kureng dah sikit. 5oz pun kekadang tak habis. Dah tak sabar nak makan kot budak kecik ni? Sabar-sabar. Bulan depan bleh makan....

Sabtu ni Shaheem nak balik beraya di Kota Bharu & Besut :) Kawan-kawan Shaheem yang lain beraya kat mana?