Masuk minggu ke 24 dan sekarang minggu ke 25 pregnant, betis aku naik bijik bijik merah dan sangat gatal! At first bijik tu kecik je, macam kena gigit nyamuk. Aku dok tanya family aku, ada sape-sape kena gigit nyamuk. Mana lah tau rumah kat Tuaran ni ada banyak nyamuk. Kena pulak rumah depan paya. But none of them kena. Aku sorang je ada bintik tu..
Dah naik bintik-bintik tu, gatal la pulak. Dua-dua betis ni rasa macam miang semacam. Aku garu-garu sesuka hati. Now bintik kecik dah jadi bintik besar. Huwaaa betis dah tak seksi :( Dah garu siap berdarah lagi. Risau takut tinggal parut. Tapi takleh tahanla gatal tu... Hish!
Pada firasat aku, ni mesti allergy during pregnancy jugak ni.. Moga-moga after bersalin nanti hilangla.. Thinking of buying calamine, nak sapu.. Tapi entahla, tunggu pegi checkup next month la. Tunjuk kat nurse. Harap-harap ada la ubat nya nanti. Dah tak tahan dah aku nak menggaru.. Nasib baik kat betis je huhuh...
Sori, takde gambar betis I. Aurat :P
Haa ape kes darah manis ni pulak?? Hmmm bila pregnant, hormon boleh jadi tak menentu.. Masa ni la penyakit-penyakit macam kencing manis, darah tinggi boleh datang menyerang mommies yang pregnant kalau tak jaga makan. Macam aku, penyakit kencing manis ni memang dah ada dalam history family. Mak aku cakap dia kena kencing manis masa pregnant kan aku um kandungan 5,6 bulan camtu.. Erk sama time dengan aku sekarang ni. Jadi aku pun kena la hati-hati. Tak nak ada kencing manis time pregnant. Next month nak buat MGTT test tuh..
By the way, sekarang ni makcik aku ada dok kat umah aku. Dia memang ada diabetes. Hari-hari kena test darah sendiri and inject insulin sendiri.. Semalam dia tanya aku, "Wani nak test darah tak?" Huh aku dah takut jugak, yela takut kandungan gula dalam darah tu tinggi. Tapi elok jugak aku try test kan. At least boleh bagi aku early warning and aku pon boleh amik langkah berjaga-jaga.
Memula test semalam after makan nasik sepinggan, level blood sugar aku ialah - 6.2
Then awal pagi tadi aku test lagi sekali, sebelum makan. Perut tengah kosong - 5.5
Huhu...
Aku google dalam internet terjumpala website kementerian kesihatan ni.. Kat bawah ni table yang kita boleh rujuk untuk tahu sama ada kita ni ada diabetes atau tidak
Kalau ikut table ni, kandungan gula aku yang first tu kira normal la. Sebab baru lepas makan. Kurang daripada 8 kan?
Yang second time, pagi tuh mencuakkan aku sikit.. 5.5 boleh consider sebagai atas pagar je tuh. Sikit je lagi nak 6. Kalo 6 tu orang panggil pre-diabetes. Atau dalam maksud lain, ada risiko nak dapat diabetes. Kena betul-betul jaga pemakanan. Cuak!!
Kena follow diet pemakanan kat bawah ni:
Berikut adalah pola pemakanan yang baik untuk mengekalkan paras gula yang normal di dalam darah:
- Elakkan gula dan makanan yang tinggi kandungan gulanya (kek, aiskrim, minuman ringan, buah-buahan di dalam tin, jem, coklat dan lain-lain).
- Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji).
- Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
- Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit. Elakkan makanan yang bergoreng.
Huhuhu.. doa-doakanla aku takde diabetes ni. Risau!
Baca kat sini for more info on diabetes melitus semasa kehamilan:
http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitD/DiabetesSemasaKehamilan.php