Friday, June 6, 2014

2nd Baby: Checkup Week 7, Week 11 & Week 15

Assalamualaikum,

Dah lama bertangguh nak update pasal checkup second baby ni. Kalau ikut malas tapi tak adil la kan. Abang Shaheem dulu mama rajin sangat update cerita every checkup. Adik baby pun kenala rajin jugak. Barula fair and square! Untuk memori dan kenangan mama juga kan :)

Checkup macam biasalah di KKIA Tuaran. Selagi duduk di Tuaran ni situlah destinasinya. Sedar tak sedar dah 3 kali pegi checkup adik baby. Macam pregnant Shaheem dulu juga, aku pegi sorang je. Tak suka bawak husband sekali sebab dia mesti bosan menunggu. Aku pun kesiankan dia. Baikla dia duduk rumah. Sekarang ni lagila dah ada Shaheem. Kalau nak dia teman sahih kena angkut Shaheem sekali. Kalau dah bawak Shaheem kena la pulak monitor dia. Budak mana reti dok diam kan. Mesti nak berjalan, berlari sana sini. Haih penat lah! Jadi, abah ngan Shaheem dudukla diam-diam kat rumah. Biar mama je pegi klinik. Nasib baik jugakla mama boleh drive sendiri dan klinik pun tak jauh.

Week 7 tu pegi buka buku sekali. Gigih kan pegi awal-awal haha. First checkup takde buat ape pun, just check upt, check kencing, check hb. Pastu dia check perut, check breast etc etc.. Bagi nasihat itu ini. Then dia bagi vitamin - asid folik, vitamin c dan juga vitamin b complex. Iron tak bagi sebab hb tip top masa ni..

Week 11 pun sama juga.. Boring gile pegi klinik dok buat benda sama haha.. Tunggu kemain lama. Nasibla nurse baik-baik. Ok gakla, boleh buat bersembang. Checkup kalini hb turun sikit. So nurse prescribed iron.

Week 15, baruu semalam pergi. Alhamdulillah semuanya ok, kecuali hb! Arghh mendadak pulak turunnya. Haa bertubi-tubi soalan nurse tanya. Makan ubat tak? Betul tak cara makan ubat? Ada makan sayur hijau tak? Huhu.. gagap jap nak menjawab..

Actually aku memang ada skip makan pil zat besi tu sebab masa aku makan awal-awal haritu, aku cirit birit yang teruk. Siap memulas-mulas. Pastu loya yang melampau-lampau haa. Aku memang ikut cara nurse cakap, telan masa perut kosong. Bila aku baca kat kertas dalam kotak pil tu memang dia ada cakap salah satu side effect makan ubat ni ialah ketidakselesaan pada perut, diarrhea, nausea.. Jadi untuk mengatasinya dia suggest makan ubat selepas makan. Aku pun selepas makan, telanla pil ni sekali dengan pil-pil lain. Rupa-rupanya salah. Dia kena makan 2 jam selepas makan. Supaya makanan tu tak menganggu serapan zat besi tu. Eh ke camane nurse tu explain. Lupa plak hehe.. Adoi no wonder la kan hb turun merudum. Okla okla, lepas ni makan betul-betul. Actually nak buat pengakuan ni, aku macam selalu jugak skip makan vitamin ni huhu.. Kadang-kadang lupa, kadang-kadang malas. Adeh, sori tau sayang mama. Start semalam mama dah makan on time dah. Semoga anak mama sihat-sihat selalu..

Ni result urine test dan hb untuk Week 7, Week 11 & Week 15.
Nampak kan hb turun tu? T_T


Satu lagi bila pegi checkup ni kena timbang berat. Haa ni part paling sadis haha... Masa week 7 iaitu minggu mula-mula check untuk 2nd pregnant ni, berat aku ialah 75kg. Pitam mak atas weighing scale tu hahaha.. Macam tak percaya. Ya Allah beratnya!! Ni lah berat last sebelum beranakkan Shaheem dulu. Lepas beranak turun 65kg. Dalam masa 2 tahun naik balik 75kg. Urghhh ape yang aku makan ni?? Hahaha.. Sabar jela. Memang consider obes la aku sebab tinggi aku 154cm je.. 

Checkup kedua week 11, turun sikit ke 73.5kg. Huh lega... Risau jugak kalau bertambah naik. Mungkin sebab masa tu aku selalu takde selera makan. Makan sikit-sikit je.

Checkup week 15, turun lagi. 72.5kg. Tapi aku rasa pasni naik balik ni. Yela dah masuk trimester kedua kan. Selera dah bertambah baik. Pastu nanti dok kampung, lagila syorgaaa makan haha.. Habisla habislaa.. Ape-apepun aku still kena beringat. Takleh makan beria. Kang kena GDM lagi, nayeeeeee....

Semalam nurse check jugak perut. Dia tekan-tekan tapi katanya baby still kecik. Dia tak dapat rasa. So dia takdela amik ukuran rahim dan heartbeat baby. Aku tanya dia normal ke 15 minggu belum rasa ape-ape? Dia cakap normal je.. Biasa 17 minggu ke atas baru rasa. Aku pun dah lupa dah Shaheem dulu macamana. Rasanya lebih kurang ni jugak.

Sebenarnya tak puas hatila just check tekan-tekan perut camtu je. Gerammm nak pegi scan. Nak ajak husband tapi dia mesti tak nak. Masa Shaheem dulu boleh dikatakan awal-awal tu, tiap-tiap bulan aku pegi scan. Puas hati dapat tengok dia bergerak-gerak dengan aktif.

Kalau jumpa orang pun sume cakap aku tak nampak macam pregnant pun hehe.. Mungkin sebab aku badan besar dan tinggi kot. Takpelah, yang penting anak mama sihat-sihat je dalam perut mama ye. I don't want to worry too much. Tak nak stress stress. Insyaallah semuanya ok.

Next checkup 2 Julai nanti. Masa tu insyaallah dah 19 weeks.

5 Julai balik kampung! Weeeeeeeeeeeee.....


2 comments: