Friday, July 4, 2014

Checkup Week 19

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, baby mama dah 19 minggu++ dah. In fact esok, Sabtu, dah masuk 20 minggu = 5 bulan. Wahh rasa macam cepat sangat masa berlalu ni. Lagi 4 bulan nak bersalin. Berdebar oii haha... Ngandung suke, nak beranak tu macam ermm ermm... semoga daku tabah kihkihkih...

Rabu lepas pegi checkup untuk minggu 19. Masih lagi lawatan klinik biasa, jumpa nurse je. Belum jumpa doktor. 



Alhamdulillah, hb naik! Naikla sikit hehe. Bulan lepas 11.5. Bulan ni 12.0. Okla tu kan? Aku rasa sebab aku banyak makan sayur hijau dalam masa sebulan ni. Broccoli, bayam, sawi. Makanla walaupun sebenarnya tekak perit nak telan. Risau juga kalau hb rendah. Lebih-lebih lagi bulan puasa ni. Aku ada juga makan epal hijau. Buat jus pun pernah. Bubuh susu sikit. Yummy! Selain daripada tu pil iron aku tak tinggal. Walaupun cara telan mengarut haha.. Lepas makan, sebelum makan, aku bantai je. Yang penting aku telan pil busuk itu huhu...

Berat naik 1.3kg. Gulp... Nurse tak bebel ape kira takpela kan?hehe.. Masuk second trimester memang nafsu makan membuak-buak. Sekarang dah puasa mungkin tak banyak sangatla kot naik.Tapi tak tau jugak. Esok dah balik kampung. For sure macam-macam ada time berbuka. Dugaannnnn.... Makan aje selagi mampu. Dengan syarat jangan berlebihan. Kena selalu berwaspada. Tak mau kena GDM lagi kalini! Doakan ye :D



Semalam nurse check heart beat baby dengan Doppler. Haa ni yang kutunggu-tunggu. Alhamdulillah, sekali letak je dah terus jumpa heart beat.Ya Allah, rasa nak menitik air mata. Macam tak percaya pun ada. Lega sangat dapat dengar heart beat tu. Terima kasih Allah! :')

Ni last checkup di KKIA Tuaran. Lepas ni sambung di Kota Bharu pulak. Huhu babai Sabah negeri di bawah bayu! Rindula dengan KKIA Tuaran lepas ni. Nurse nurse yang baik. Suasana kat klinik. Insyaallah, kalau ada umur yang panjang, next year jumpa lagi.

Balik dari check klinik di KKIA Tuaran, aku singgah Klinik Hasnah di Pekan Tuaran. Nak scan hehe. Rinduuu nak tengok baby. Last scan masa 10 weeks dulu lah.



Seronokkk sangat tengok anak mama aktif. Sekejap kepala kat bawah, sekejap kat atas. Kiri, kanan, merata lah dia pusing. Macam happy je. Tak pose ke dik? haha.. Sekali lagi rasa nak menitik air mata tengok. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah..

Doc ukur ukur, dapat estimated fetal weight 312g. Katanya normal. Kalau tak silap Shaheem dulu masa 19w pun 300g jugak. 

Setakat ni aku belum rasa gerakan baby. Rasa angin-angin tu pun macam tak. Ke dah rasa tapi aku tak perasan? Mungkin jugak. Tapi bila aku tanya doktor dia cakap mungkin sebab fat mama kat perut ni tebal sangat. Huahuahuahua.. Memang tebal oo.. Dia terpaksa tekan alat scan tu. Kalau tak tekan tak nampak baby. Haha patutla seronok adik rolling rolling dalam perut. Empuk rupanya! HAHA...

Happy bila dapat tau adik baby is doing well. Semoga anak mama sihat-sihat selalu lah :)

Next checkup 9 Julai di Klinik Wakaf Che Yeh. Review dengan doktor sebab dah masuk 20 minggu time tu. Tapi aku mungin akan tukar tarikh sebab masa tu mak baru lepas operate. Mungkin amik tarikh 2 atau 3 hari ke depan.. Tengoklah macamana.. Nanti aku update lain ye. Daaaa~

4 comments:

  1. ngeh3... lemak2 empuk baby sedap wat tilam die...hehehe

    ReplyDelete
  2. Syiok akk baca..tersenyum ahkak sorang2..ngee

    ReplyDelete
  3. Rindu nak peknen lagi...kejap je dah xlame dah tu wani...pape pun smoga dpermudahkan...errr..xsmpat wani nak merasa nasi kabu ore..huhuhu..esok baru nak buat..baru ade mase..xpe la wani dh nk balik klate blh mkn sedap3 lagi...:)

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

    An Thái Sơn chia sẻ trẻ sơ sinh nằm nôi điện có tốt không hay võng điện có tốt không và giải đáp cục điện đưa võng giá bao nhiêu cũng như địa chỉ bán máy đưa võng ở đâu uy tín.

    ReplyDelete