Wednesday, May 9, 2012

Pelbagai Gaya Shaheem Tidur

Assalamualaikum,

Harini nak share gambar Shaheem tido. Aku memang suka amik gambar dia time tido. Cos he looks so cute and muka dia nampak tenang je. All babies pun macam tu kan? Bestnye jadi baby. Tido je kejenye....





Kalo korang perasan Shaheem ni bila tidur mesti mulut ternganga. Haa tu ikut aku la tu hahaha.. Comel je kan dia tido mulut ternganga macam tu. Cuba letak gambar mamanya tido ternganga. Sure scary gile haha...

Shaheem ni suka tido mengiring. Dari awal lahir lagi. Aku memang sengaja baringkan dia mengiring bila tido. Sebabnya Shaheem selalu muntah susu especially bila dia baring terlentang. Maybe sebab dia minum susu formula sebab tu selalu muntah.  Susu formula kan lebih pekat daripada susu ibu yang lebih cair.  Selalu kuar muntah ikut mulut & hidung. Walhal dah burp dah sebelum letak tu. Risau dia muntah masa aku takde kat sebelah ataupun masa aku tido mati dan takut bila muntah dia lemas, aku pun letakla dia mengiring. Aku selalu ubah-ubah. kejap mengiring belah kanan, kejap kiri.. Tak nak bahu atau lengan dia sakit. Dan biasanya bila dia dah betul-betul lena dia akan alih sendri badan dia tido terlentang. Lagi satu sebab aku letak dia tido mengiring ialah sebab dia selalu terkejut time tido terlentang. Shaheem ni alert sungguh dengan bunyi-bunyian. Kadang-kadang kita rasa kita jalan abis perlahan dah tapi dia dengar jugak pastu terkejut. Bila terkejut mulala menangis. Aku pun kesian tengok dia terkejut huhu.. Aku tak bedung dia sangat sebab kalo bedung pun boleh bertahan sekejap je. Shaheem cepat restless bila dibedung. Daripada elok lena je tido mulala dia ekk ekk bila dibedung.

Gaya tangan kat atas time tido pulak ikut style abah dia tido. Sebijik! hehe.. Anak abah katakan.. Lagi satu style tido abah yang menjadi ikutan ialah kaki gerak gedik gedik ehehe.. Time tido kaki leh gerak. Tak paham aku ehehe.. Apa-apapun, comel ok! :)



Senang tido tak Shaheem ni? Jawapannya ialah.. SENANG! hehehe.. Shaheem ni tak banyak meragam pun. Lepas minum susu dia akan tido dengan lena. Kalau takde gangguan bunyi bising dia bleh lena dalam 2 atau 3 jam. Lepas tu bangun menyusu lagi pastu tido lagi 2 atau 3 jam. Malam-malam pun macam tu la.. Let say dia tido pukul 11 malam, dia akan bangun untuk menyusu dalam pukul 2 atau 3 pagi. Then tidur balik. Bangun lagi dalam pukul 5 pagi atau 6 pagi. Maybe sebab dia minum susu formula dia bleh tido lama sebab susu formula kan lambat hadam. Jadi dia lambat lapar. Kalau susu ibu pulak baby tido sekejap sekejap je sebab susu cepat hadam so baby cepat lapar. That's what my mother told me laa..

Sekarang dah masuk 2 bulan Shaheem tak terus tidur lepas menyusu. Dia nak sembang dulu kadang-kadang. Unless bila dia betul-betul mengantuk memang dia terus lena. Sometimes tak sempat nak burp dah terlentok dah ehehe..

Shaheem takde buai mahupun bouncer. Aku belum ajar dia tido dengan bantuan alat-alat tu lagi. Plan not to tapi tak taula future nanti kot kot nak kena guna bantuan jugak untuk tidokan Shaheem ni. Sebabnya dia bila nak tido, dia nak aku peluk dia. Cradle hold macam nak breastfeed tu.. Bila aku hold dia macam tu, mulala dia nak hisap lengan aku. Aku penahla sua breast aku kot kot la dia nak hisap kan. Daripada dia hisap lengan aku baik dia hisap susu aku kan kan.. Mana la tahu miracle happens huhu..Tapi hampaaa.. Dia tak mau. Pandai pulak tak nak hisap. Nak lengan jugak.. Siap buat muka nak muntah lagi bila mulut dia terkena puting aku. Oke sedih! Takpe takpe, mama dah redha hehe.. Then bila rasa macam kedudukan tak kena gaya dia nak, dia akan pusing-pusingkan badan dia. Aku kenala ikut rentak dia.. Kejap macam tu, kejap macam ni.. Sambil-sambil tu nak kena tepuk-tepuk bontot dia. Nyanyi nyanyi lullaby. Tapi selalunya aku berzikirla, "Lailahaillah muhammadarrasulullah..." Sampaila dia terlena.......

Ni la contoh mama tengah berusaha nak tidurkan Shaheem.
Sambil tepok-tepok bontot kena jalan-jalan pusing rumah dulu. 
Kalau duduk cepat je dia celik mata huhu..
Kalau gini lah gayanya, nak kena beli buai jugak kot?
huhu

Dah tidoo.....

Bila dia dah agak-agak lena tido tu, aku pun pelan-pelan la letak dia atas tilam. Kalau dia belum betul-betul lena, bila letak je atas tilam,blinkkk mata yang tadi terpejam rapat, kembali luassss hehe.. Dah nak kena repeat the whole process again. Cradle hold, tepuk tepuk bontot, zikir, jalan pusing rumah hehe.. Susah ke? Takla susah sangat. Biasanya dalam masa 10 minit Shaheem dah tido dah... Cuma tu la, nak kena riba dia lama sket baru letak atas tilam... And make sure suasana masa tu tak bising. Kalo bising memang takleh tidola budak kecik ni. Sangat sensitif dengan bunyi-bunyian!

Mak aku cakap Shaheem ni consider very good boy. Sebabnya kalau dia tak mengantuk dia bleh je dok diam sorang-sorang. Sumbat jari dalam mulut, tengok kipas, tengok langsir.. Tu la keje dia kalau tak nak tido.  Kadang-kadang kalau dia bangun pukul 3 pagi dan lepas menyusu dia tak mau tido, aku make sure dia burp pastu aku letak je dia atas tilam. Dia buatla hal sendiri. Aku plak sambung tido kihkihkih... Tido pun tido ayam je. Sekarang Shaheem dah pandai nak menyembang. Disebabkan aku ngantuk aku tak cakap banyak, just cakap "umm ummm.." sambil mata pejam hehehe.. Shaheem ni bukan ape, dia cuma nak ada orang dengan dia. Kalau dia rasa lonely barula dia nangis....

Itulah ragam anak teruna aku nih hehe.. So comels! Bila dia tido aku gerammm je nak kejutkan dia. Sebab bosan sangat! Tapi bila dia dah jaga and takmo tidur berjam-jam, aku nak suruh dia tido plak sebab aku ngantuk! hahaha.. Macam-macam mama ni kannnn... Korang sama macam aku jugak tak? hehehe

Seronok dapat jaga anak sendiri.. Tatap wajah anak setiap detik.. Pendek kata. seronoklah ada anak ni! :)

11 comments:

  1. budak comel ni senang nya tido...fayel tido susah ...dia kena tangan papa dia gak dodoi...papa dakap baru tido..shaheem tido mulut erbuka hihi comel

    ReplyDelete
  2. Smla shaheem tdo gaya dengan adelia..kekdg naik ksian tkut bdn dia skit bla tdo mengiring tp tuelh mmg gaya yg adelia suka..hihihi

    bestnya shaheem mlm bgun sesekali jer,adelia jenis siang tdo mmg bom jtuh xsedar tp malam hurm siap sdiala mata mama dia nak rabak..klau teusan smp mama naik kje kat ofis sure mama adelia nie sorong bntal kt meja ofis..huhu

    seronok kan bla tengok pkembangan ank depan mata..sebak plak ase camxpcya bla ada ank sdri lepas 4taon menanti..tp rs sedih plak sebab skrg cpt ms bjln kan tup2 da hbs cti pantang..untung awk sb leh tgk pkmbgn ank sepanjang ms..

    ReplyDelete
  3. Eh2, macam sama je cara nak tidurkan Shaheem dgn my baby, Ayra. Tapi tang senyap tu tak jugak la. Kalau die ngantuk bising camne pun die boley je tido.. Hihi Tapi kalau Ayra xdpt tido lena and tido kejap2 je konfem dia akan mengamuk sbb xckup tido.

    Anyway, selamat berkenalan! >.<

    ReplyDelete
  4. ehee..lebih kurang sama ja saya tidokan Irdina masa umur dia 2 bulan ke atas.mula2 memang sekejap je dah tido.makin besar makin pandai.sejam ummi dia popok montot, nyanyi, pusing2 keliling rumah pun belum tentu tido lena. last resort, beli jugak buaian..hukhuk

    alhamdulillah skrg makin senang tido. bagi nenen sambil mengiring konfem tido terus..dah makin kurang buaian. :)

    ReplyDelete
  5. wahhh macam2 gaya ek si shaheem ni tdo....hehe...btw my baby pon kalau tido je mulut mesti nk nganga...haha

    ReplyDelete
  6. hihi.. comel sgt shaheem tido... nganga mlut.. :) hai, la anakkk.. kamu mmg penyeri hidup..

    selamat hari ibu sis amal..

    ReplyDelete
  7. anggaplah pusing2 rumah smbil tepuk tu sebagai exercise...hehe, sbb nak beli buai dah kos pulak pastu kena selalu gerak buai tu kan...

    klu menetek lagi snenag dia tido kan...
    tpi takde rezeki amal lak...huhu, sabarlah yea...

    ReplyDelete
  8. comelnya shaheem. teringat zarif waktu2 baya2 gini. tepuk2 bontot untuk tidurkan dia

    ReplyDelete
  9. Assalam,
    baru sempat nak blogwalking mlm ni..and sempat lagi kot nak wish Congrats kat u..hehehe..
    gebu gebu shaheem...sure excitedkan dah ada baby ni..take care ya! happy for u :)

    ReplyDelete
  10. macam2 gaya...:) untung anak senang tido..anak aty malam alhamdulillah tak de masalah..tapi siang..susah nyer ya hamat..hadeiii...memang penat..terpakse berbuai ber rocker bagai tau..

    ReplyDelete
  11. sm la cam sy tdo kan Ilhami kalo time wat prangai gtu la caranye..hehe

    ReplyDelete