Saturday, December 31, 2011

Suka Duka 2011

Assalamualaikum,

Silalah jenguk ke blog aku yang satu lagi untuk mengetahui kisah suka dan duka aku sepanjang tahun 2011 :D


Friday, December 30, 2011

Hot & Sweaty Body

Assalamualaikum,

Start 2 atau 3 minggu lepas aku notice suhu badan aku macam naik sket. Panas. Even husband pon selalu complaint, kalo dia peluk aku ke, pegang tangan aku ke mesti dia cakap, "huishh panasnye badan, macam orang demam!"  Tapi aku tak demam pun, aku sihat walafiat. Badan je panas.. So hubby suruhla aku minum air banyak-banyak. Adui aku kalo bab minum air ni sangatla malas. Susah betul nak pupuk dalam diri supaya banyakkan minum air masak. Nape tah.. memang dari kecik tak suka minum air masak.

Lepas tu lagi, aku sekarang mudah berpeluh. Orang lain sejuk nyaman je, aku pulak dok berkipas-kipas macam panas sangat. Peluh menitik-nitik.. Tak selesa kadang-kadang. Bila dah berpeluh badan mulala bau masyam hishh.. Malu dengan husband. Malu nak dok dekat kekadang. So aku pun kerapla mandi  dan kerap tukar baju.. Tak selesa dengan peluh... Kekadang rasa nak berkemban je dalam rumah huhu...

Korang experience the same things tak? Badan panas dan berpeluh... Kalau ada, ape korang buat?

Checkup Week 29

Assalamualaikum,

Hehee checkup nya hari Rabu lepas (28 Dis) tapi harini baru nak update. Balik dari checkup haritu husband dah ada kat rumah. Dia balik keje awal. So tak sempatla nak mengupdate blog. Nak kena layan dia la kan. Semalam pun sama, husband balik awal. Aku bukan ape, kalo husband ada kat rumah macam segan sket nak update blog hihi.. Segan takut dia baca. Lagipun aku rasa macam aku abaikan dia je kalo aku dok mengadap laptop je.. Dia dok hadap laptop takpe, aku tak kisah. Tapi kalau aku yang ngadap laptop dan dia duduk tengok tv sorang-sorang, aku takleh la. Rasa macam biadap dengan laki pon ye jugak. Aku memang suka pikir pelik-pelik ehehe... Harini dia duty. So memang tak balik rumah. Esok pagi baru balik. Jadi bolehla update blog sampai lebam harini. Plan nak publish as many entries as I can.. Jangan jemu nak baca ye? :D

Mari mulakan cerita checkup...

Macam biasa kat KKIA Tuaran. Appointment pukul 9.15 pagi. Around 8.45 macam tu aku dah turun. Tak jauh pun KKIA tu, dalam 15 minit je. Masa sampai tu orang dah ramai. Parking pun dapat parking jauh je.. Takpela, exercise sikitla.. 

Macam biasa amik nombor untuk makmal dulu. Kat makmal cepat je dapat nombor giliran sebab proses cepat. Just test air kencing dengan hb je. Masalahnya giliran nak jumpa nurse kat dalam tu lama.. Aku dapat angka giliran yang ke 1086. Masa tu baru 1027. 59 nombor nak kena tunggu! Korang bayangkanla sendiri berapa ramainya orang kat situ huhu.. Tersengguk-sengguk aku menunggu.... Aku tengok yang datang dengan hubby syokla, leh tido lentok-lentok atas bahu hubby. Datang sorang ni tersengguk sendiri la ek.. Bawak bekal epal 2 bijik, dalam masa sejam abes kuikui.. Lapar tau menunggu ni. Pergi tandas kencing tak payah cakapla berapa kali.. Aku pun penat nak kira...

Kesimpulan daripada checkup:

Berat: 74kg (Naik 1.65kg dalam masa 2 minggu)
Urine: Negatif
Hb: Tak check
Tekanan darah: 90/60
Tinggi rahim: 29cm
Jantung baby: 140
Kedudukan baby: Err aku tak paham tulisan misi haha (tapi haritu aku tanya dia kata dah kat bawah. Tapi still boleh pusing-pusing sebab baru 29 minggu).

Next appointment, dua minggu dari sekarang, 11 Januari 2012 (31 minggu).

17 Januari 2012 (32 minggu) kena buat MGTT lagi sekali (sigh) dan jumpa doktor. Aku rasa kalo klinik kerajaan ni la last scan sebelum beranak kan? First masa 20 minggu, second 32 minggu. Correct me if I'm wrong :)

Result swab haritu? Huuuu memang sahh ada infection! Aku tak paham tulisan doktor (kenapa laa tulisan misi doktor ni payah nak paham) tapi misi cakap memang ada jangkitan kulat. Tapi tak bahaya. Dia kata since dah amik ubat haritu should be ok dah. Erm discharge tu memang masih ada tapi dah kurangla daripada dulu. Gatal-gatal pun dah takde. Sekarang aku memang jaga betul-betul la. Make sure betul-betul kering baru pakai panties. Hopefully tak jadi lagila lepas ni...

Haa pastu aku tanya la misi pasal minum susu bleh buat baby besar bla bla bla.. Misi cakap dalam slang Sabah dia, " tidak juga ba... ada urang anak dia matang, lahir cukup bulan, minum susu hari-hari tapi kicik jugak, 1.5kg jak. Dia ikut keturunan juga tu ba.." Lebih kurang camtula, aku tak reti cakap Sabah hahaha.. Pendek cite dia cakap, susu tak menyebabkan baby besar. Dia ikut keturunan family tu. Kalau mak baby tu kecik atau memang keturunan family tu kecik-kecik, baby pun kecikla. Begitu juga sebaliknya. Nurse kata minum jak susu tu. Bagus ba tu untuk anak kauu hikhikhik... Thanks pada yang komen kat entry aku yang lepas pasal susu nih. Betulla, aku tak patut dengar ape orang yang tak bertauliah cakap. Aku patutnya kena tanya orang yang lebih tahu kan. Tak pasal-pasal aku dah pikir bukan-bukan. Lagipun ape-ape benda pun semuanya ketentuan Allah. Ape nak jadi kat kita Allah dah tuliskan. Kita sebagai hamba Dia kena banyak berusaha, berikhtiar, berdoa dan bertawakal.Ape jua yang Dia bagi, kita terimala dengan hati yang terbuka. Kita doakan yang terbaikla kan :)

Then aku tanya pulak misi pasal my darling baby yang susah beno nak bergerak nih huhu.. Misi kata kena selalu kacau-kacau dia, gerak-gerakkan dia. Macam tepuk-tepuk perut perlahan-lahan, usap-usap, minum air sejuk.. Dia kata buat macam tu selalu bagi dia aktif sikit...  Masa kat klinik tu baby punyelaaaaa kuat bergerak. Maybe takut mama dah report kat misi kot ahaha.. Tapi balik rumah terus slow balik. Adehla anak mama... Terpaksala aku kacau-kacau dia... Gerakla baby. Gerak banyak-banyak. Sampai mama nak terkencing pun takpela. Mama sukeeeeee...

Tu lah dia cerita checkup kali ni. Tunggu next 2 weeks pulak :)

Wednesday, December 28, 2011

29 Weeks Update

Assalamualaikum and good morning mommies!

Hee bangun awal harini. Sangat luar biasa nih. Biasanya pukul 11pagi baru bangun ekekeke..

Harini suami saya tak bagi saya sambung tido selepas subuh sebabnya harini ada checkup! Huu.. Pukul 9.15pg nanti. Dia risau kalau saya tido, saya tertido sampai ke tengahari ehehe..

Baby dah 29 minggu dah. Perut dah makin memboyot, orang Kelate kata, perut terik hoho.. Dah makin ke depan, pusat pun dah timbul tak tenggelam dah ehe... 

Tido malam tak payah cakapla. Makin susah! Ada satu malam tu, belakang dan pinggang aku sakit sangat-sangat. Aku nangis nangis tahan sakit. Sampai hubby pun suruh aku tukar baju pegi hospital huhu.. Tapi aku tahu it's nothing unusual. Selalunya pun memang macam tu tapi entah kenapa malam tu sakit sangat. Agaknya sebab siang tu aku ada sental bilik air kot huhu.. Kesian hubby takleh tido sebab aku. Sorry sayang. I asked him to massage my back. Kekadang risau jugak nak suruh massage massage nih. Takut ada effect pada baby. Ada tak eh? Tapi aku tak tahan sangat. Lepas dah urut sikit barula aku dapat tido dengan lena.. But then, the next night, jadi lagi benda sama ehehe.. Never ending pain la kan. Tahan jela, yang penting baby dalam perut ok. Aku tak nak merungut sangat.... Oh satu lagi, aku selalu sangat sakit kat bahagian rusuk belah kiri. Kalau duduk lama memang sakit sangat-sangat. Maybe sebab baby suka duduk belah kiri.. 

Discharge masih ada. Hmm bila la nak berakhir. Harini checkup aku tanya la misi nanti result swab haritu. Harap-harapnya  ok jela...

Oh semalam aku beli susu baru, Dumil Mama ehehe.. Rasa bersalah sebenarnya sebab dah jarang minum susu. Aku trauma nak continue dengan susu Anmum. So aku macam on-off je minum susu ni. Aku selalu beli susu kotak Dutch Lady Low Fat. Tapi susu kotak macam tu, seminggu jela tahan. Dah habis, berminggu-minggu lepas tu baru aku beli lagi. Dasyat takk ehe.. Semalam terbaca bulletin BabyCenter.com, dia kata minggu 29 ni, baby perlukan lebih banyak kalsium sebab nak kuatkan tulang dia. Terus rasa insaf, terus rasa nak minum susu hehe.. Pegi kedai nampak Dumil Mama. Amik jela satu peket. Alhamdulillah rasa dia ok, sedap jugakla. Trauma jugak nak try susu baru, takut tak sedap macam susu S26 uhukuhuk.. Tapi okla, sedapp... Arahan suruh bancuh 5 sudu susu. Tapi aku buat 3 sudu je.. 5 macam pekat sangat...

Erm then ada pulak kawan yang membunuh semangat aku untuk minum susu ni. Katanya dah masuk bulan ketujuh ni kena kurangkan minum susu, kurangkan kalsium intake sebab takut baby besar nanti and tulang keras sangat, susah nak deliver nanti... Haih tak taula aku nak cakap ape. Takpela, harini jumpa misi aku tanyala kesahihannya.. Korang rasa betul ke? Aku memang takmo pikir sangat tapi tahla, bila orang dah cakap macam tu rasa down jugakla.. Kalau nak ikut baby besar ni, aku dulupun besar jugak masa lahir. 4.75kg. Alhamdulillah mak aku dapat lahirkan aku secara normal. Tapi aku besar tu sebab mak aku ada kencing manis. Takdela pulak mak cakap sebab dia minum susu aku jadi besar. Huuu.... I hate this uncertainty feeling. Baru nak semangat semangat..... But anway, aku baru 29 minggu, tak masuk 7 bulan lagi. 31 minggu baru 7 bulan. So bolehla minum susu banyak-banyak kann :P

Pergerakan baby pulak.. sometimes kuat, sometimes slow, sometimes tak gerak langsung. Yang slow dan tak gerak langsung tu la yang membimbangkan aku. Normal ke 29 minggu macam ni? Aku rasa kalau sekarang aku kena tanda carta pergerakan baby tu, result aku mesti teruk. Kalau dia gerak kuat, sampai nak terkencing aku dibuatnya. Tapi bila dia senyap aduiiii, berdebar hati mama ni tau sayang! Selalunya awal pagi dia gerak sikit, pastu senyap sampai tengahari. Petang pun jarang jugak gerak. Malam pun slow-slow. Kuat tu jarang-jarang. Baby korang macamana? Non stop gerak tak? Haih risau risau.. Karang tanya misi huhuhu....

Let's just pray and hope everything is fine. Lepas ni checkup, bolehla tahu macamana keadaan baby. Nanti aku update lagi.  Takmo pikir negatif. Yang penting, aku bersyukur sangat aku dah sampai ke minggu 29. Alhamdulillah. Semoga Allah melindungi anak dalam kandunganku ini...

Tuesday, December 27, 2011

Kuota Dah Habis

Assalamualaikum,

Waa rindunyen nak update blog. Tapi tapi tapi, kuota broadband aku dah habes. Tiap kali nak masuk page baru meti dia redirect pegi Maxis Broadband punye site, bagitau kuota aku dah kosong. Nak kena topup etc etc.. Menci tauuu.... Kena tunggu next bill cycle lah nak dapat kuota baru. Rasanya 28hb ni kot.. Eh esokla tu kan? Hopefully esok blehla aku update blog dengan jayanya..

Nak blogwalking baca blog mommies yang lain pun tak boleh ni haih.. Sabar jela..

Esok aku jenguk jenguk k :)

Take care mommies!

Saturday, December 24, 2011

Kucing Tidurkan Baby :D


Assalamualaikum mommies :)

Aku takde ape cite harini.. so aku kongsikan kat sini video sekor kucing tengah tidokan baby ni. Aku suspect dia bukan nak tidokan pun, dia geram ngan baby tu sebenarnye haha..

Aku tengok pun gerun. Gerun bukan ape, dibuatnye kucing tu terlampau geram, dicakarnya kepala baby yang botak licin tu, huhhh.... 

Tapi serius kiutla video ni. Aku memang suka kucing. Tapi dah lama dah tak belai-belai kucing. Kat kampung baru ada peluang nak pelok-pelok kucing. Kat Sabah ni memang takde kucing, anjing je yang bersepah!

Ni salah sekor kucing aku kat kampung.
Nama dia Motam. Umur dia 8 tahun.
Kalau sekolah dah masuk darjah dua nih hihi..
Motam mummy mithali. Anak dah taktau bape puluh ekor dah.
Semua dia jaga elok-elok, breastfeed, jilat-jilat bulu.
Walaupun dah beranak tak tau bape kali dah, Motam maintain cun.
Pinggang ramping je, jeles tau!
Tapi Motam ni garang. Orang pegang ekor sikit, mulut dia mula bising.
Ape-apepun Motam, I love you heeee~


Korang ada kucing tak kat rumah? Nanti korang bagi tak kucing dok dekat dengan baby? :D

Friday, December 23, 2011

Perubahan Tubuh Badan Semasa Hamil


Aku lupa dah kat mana aku jumpa gambar ni.
Suka tengok gambar macam ni.
Suka tengok tang perut tu hihihi..
Nak amik gambar sendiri malaslah.
Mana nak dapat cantek macam ni, selalu amik gambar syok sendiri je.

Anyway, bila tengok gambar ni, aku notice, week by week bukan perut je yang membesar.
Cuba tengok muka mummy ni.
Membesar dan mengembang juga! hehe
Tapi still comel kan..

I wonder how will I look like bila dah masuk minggu 30++
Comel camni jugak tak?
hihihihihi

Thursday, December 22, 2011

Peringatan Untuk Ibu Mengandung







Ngehngehngeh.. sabar jela aku. Kalo ada yang buat yang DON'T tu, errrr cepat-cepatle bertaubat! ekeke

More pics: http://baikpunyer.com/sengal-punyer-peringatan-untuk-ibu-mengandung.html

Tuesday, December 20, 2011

Checkup Week 28 @Hospital Likas

Assalamualaikum,

^________________^

Hehe senyum lebar maknanya aku ada good news la tu :)


Mari mulakan cerita dengan

melihat Gunung Kinabalu dari rumah aku sebelum keluar ke Hospital Likas tadi
:D

Turun dari rumah dalam pukul 8 pagi. Sampai hospital dekat-dekat pukul 9 kot. Aku lupa nak tengok jam haih.. Semalam beria-ia nak timing la apela.. sekali lupa.. Tapi aku rasa lebih kurang sejam jugakla nak sampai tadi, sebab jammed orang nak pegi keje.

Takde gambar hospital dari luar. Panassss.. malas nak keluarkan henpon, kang orang kata ape pulak haha.. Oh ye, Hospital Likas ni sebenarnya, Hospital Kanak-kanak dan Wanita. Patutla nak beranak sume kena datang sini. Baru ku tahuuuuuu....

Memula masuk pegi Klinik Pakar O&G. Pastu aku disuruh daftar dulu kat Kaunter Pendaftaran & Unit Hasil.



Dah siap daftar masuk balik Klinik O&G. Kena test air kencing & timbang berat. My urine is clean & berat, 72.5kg hoho.. Dok takat tu je.. Bila nak naik nih hihi...



Lepas tu nurse panggil, soal siasat sikit-sikit then tunggu giliran dipanggil masuk jumpa pakar. Nasib baik tak lama menunggu sebab aku ada referral letter, jadinye tak campur dengan yang datang untuk checkup biasa.

Masa masuk jumpa doktor, hubby tunggu kat luar je. Aku ingat dalam bilik tu ada sorang doktor je. Rupanya ada 3 orang doktor! Katil ada satu je. So kalo nak scan, nak check perut, kena ikut giliran. Sementara tunggu turn aku tu, doktor tanyala a few questions.

Doktor cakap dia akan scan and tengok kat mana kedudukan placenta tu. Kalau kat bawah, aku memang takleh deliver normal, kena operate. Huu sadis.

Oh aku ada bagitau aku ada discharge. Warna putih, berketul macam susu basi. Doktor suspect jangkitan kulat. Jadi dia akan amik sample, hantar kat makmal tengok ada infection tak. At the same time dia bagi ubat untuk dimasukkan dalam vagina.

Inilah ubatnye. Sebijik je.
Kena masukkan kat dalam vagina, lepas tu kena baring, takleh bangun.
Kalo tak nanti dia jatuh balik hihihi..
So, kena masukkan sebelum tido.
Haih ada jugak ubat macam ni....
Entah camane la nak masukkan malam ni huuuuu...

Tadi kenala masukkan speculum sebab nak amik sample kan. Alhamdulillah tak sakit, pandai doktor tu hihih...

Oh ye, aku kena buat MGTT lagi on 32 weeks checkup huu.. Sebabnya doktor kata sometimes infection ni boleh disebabkan oleh kencing manis. So just nak make sure kena buat lagi sekali. Adei lemah betul aku.. Kalo 32 weeks, 17 Januari nantila. 

Takpe, tinggal dulu yang tu.. Tibalah part yang ditunggu-tunggu. SCAN! Hehehe lamanye mama tak tengok darling mama nihhh.. Last sekali scan masa week 20 di Putrajaya. 

Memula doktor cari placenta, and, ALHAMDULILLAH, placenta berada di lokasi yang betul. Kat atas dan tak menutupi laluan. Makanya blehla bersalin normal nanti, insyaallah. Possibility untuk placenta turun tu takde kecuali ada bleeding lagi, aku kena cepat-cepat check. Senyum lebaaarrrr ^____^

Then aku tanya doktor, nak tengok gender baby bleh doktor?? hihihihih...

Doktor kata blehhh.. Doktor turun bawah sket pastu.... towwww diaaaaaaaaa..nampakkk.. ekekekeke...

Darling daughter ke darling son??

Biarlah rahsia hahahahahaha..... Saje kasi saspen kan. nanti nantila aku bagitau hihihi...

Then doktor ukur-ukur baby. Dah besar dah anak mama... Estimated weight ialah 1.4kg. Wah wah.. cepat sungguh membesar :) Membesar lah lagi dengan sihat dan kuat ye sayang :)

Aku tanya doktor pasal penyakit kulit yang aku ada time kecik and whether baby bleh dijangkiti tak. Doktor kata kalau penyakit tu takde kena mengena dengan darah, baby takkan kena. Dalam kes aku, aku kena fungal infection pada kulit, maknanye sakit tu kat luar je. So, insyaallah baby takkan ada penyakit yang sama..

Sekian sudah kisah checkup. Happy sebab semuanya baik-baik belaka. Dah tau gender baby hehe.. Suka suka.. Harap-harapnye betul la yang aku nampak tu :D

Antenatal class aku dah daftar. Akan pergi pada Januari nanti. Husband kena ikut sama :) Tak sabar pulak rasanya..


Monday, December 19, 2011

Esok Nak Ke Hospital Likas

Assalamualaikum,

Esk pagi-pagi after hubby balik dari keje (hubby on duty malam ni), nak pergi ke Hospital Likas. Tujuan utama ialah untuk buat follow up checkup on my placenta previa case. Masa minggu 20 dah scan dengan doktor kat KKIA P9, Putrajaya. Alhamdulillah masa tu placenta dah kat atas. Tapi aku still kena buat follow up kat Hospital Putrajaya on week 28. Kira final checking la.. Tapi disebabkan minggu 28 ni (which is this week) aku dah kat Sabah, Hospital Putrajaya pun dah bagi referral letter untuk aku pegi mana-mana hospital di Sabah untuk buat checkup ni..

Appointment di Hospital Putrajaya ialah pada 20 Disember. Aku follow jela date ni.

Kenapa aku pilih Hospital Likas? Sebab kat Sabah ni, nak beranak, kat Hospital Likas je. I was told that Hospital Queen Elizabeth tak accept. Dia akan suruh pergi Hospital Likas jugak. Erm mothers from Sabah, if my info ni salah tolong betulkan ye :) Rumah aku actually only 1km away from Hospital Tuaran. Tapi sama jugak, dorang takkan accept. Kat Hospital Tuaran cuma ada Pusat Bersalin Alternatif. Meaning yang dah nak beranak sangat-sangat je kot dorang accept. Kalo first baby memang dorang akan hantar ke Likas. Maybe tak cukup kepakaran. I don't know lah... Hospital Angkatan Tentera dalam base Navy tu pun sama, tak accept jugak. Hubby pun cakap HAT Sepangar ni tak sama macam HAT kat Lumut. HAT Lumut memang besarla. Yang kat sini kecik je.. Macam pusat kesihatan biasa je...

Aku ada tanya wife kawan hubby yang baru je bersalin kat Hospital Likas. Dia kata hospital tu ok je, doktor baik-baik, nurse pun baik-baik.. 

Selain daripada nak check placenta aku tu, aku nak daftar sekali. Daftar bersalin kat sana, insyaallah. Kalau ada kelas antenatal, nak daftar jugak. Memang bagus pegi kelas ni kan. Especially for first time mother ni.. Sekurang-kurangnya kita taula camne nak breathe, camne nak push etc... Takdela bila betul-betul jadi kita panik tak tau nak buat ape. Moga-moga kelas ni dapat membantu nanti. Nak ajak hubby join sekali. So that he's involved in this pregnancy journey. All this while memangla dia banyak membantu aku tapi ni la kemuncaknya kan. To assist and support me during the birthing process. Oh ye, kawan hubby tu cakap, kalo register nanti hubby bleh masuk dalam labour room. Okla tu kan? Biasanya government hospital tak bagi spouse masuk. Tapi kan... hubby aku macam a bit reluctant nak masuk. Takut darah katanya hahaha.. Aku selalu cakap dengan dia, "ala nanti abang pegang tangan sayang je. Janganla gi jenguk yang kat bawah tu ehehehe..." Hopefully dia ada keberanian nak teman aku dalam labour room nanti...

Aku ada beberapa soalan nak tanya doktor esok..

1. How's my placenta? Kat atas ke kat bawah? Bleh deliver normal tak?
2. How's my baby doing?
3. Boleh check gender baby tak? hihihi...
4. I have vaginal discharge. Boleh doc check whether it's normal or ada infection?
5. Masa saya kecik-kecik dulu, saya ada penyakit kulit. Penyakit tu boleh turun kat anak tak?

Err setakat ni tu je yang ada dalam kepala. And hopefully esok, semua soalan ni ada dalam kepala. Aku takut lupa je, senarai je lebih haha.. Sekali jumpa doktor, terus blank tak tau nak tanya ape.. It always happens to me!

Oh ye, esok juga, nak tengok berapa minit amik masa nak ke Hospital Likas tu dari rumah. Nak timing siap-siap..

Dan esok juga saya isytiharkan sebagai hari dating bersama suami! Hihi dating kat hospital. Bagus betul. Hopefully orang tak ramai dan hopefully juga dorang accept aku untuk jumpa doktor esok walaupun tanpa appointment. Aku main redah je ni. Janganla nanti dia suruh datang lain kali huhu.. Hubby takleh selalu keluar time keje. Ni pon dia dah mintak pelepasan awal-awal. Kalau nak kena pegi balik next time, aku kena drive sendiri la huhu......

Doakan aku ye, doakan plasenta aku kat atas dan aku boleh deliver normal, insyaallah. Doakan juga urusan aku di hospital esok berjalan dengan lancar :)

Thanks in advance!





Petua Memudahkan Bersalin

From: Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung

a) Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh
kehamilan.
b) Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus..
c) Amalkan minum air lebihan suami.
d) Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e) Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f) Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g) Petua mama - Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h) Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i) Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j) Bagi kulit bayi yang putih/ bersih - amalkan makan buah epal dan minum susu. Selain meminum air soya.

wallahualam...

Sunday, December 18, 2011

Cerita Weekend Saya :)

Assalamualaikum mommies :)

Weekend ni aku ada la jugak keluar dengan husband. Macam semalam pagi tu masuk dalam base Navy, join senam robik. Hehe aku tak bersenam pun.

Kurus tak hubby aku? hahaha
Jeles *__*

Aku sekadar gerak-gerakkan kaki, tangan je. Oh baby dalam perut pun turut gerak-gerak ok ehehehe...

Then petangnya teman husband gunting rambut..

Bila dah gunting rambut, makin hemsem pulak hikhik


Malam, dinner dengan ikan terubuk masin goreng. Kawan sekerja hubby bagi. Pehh sedap :D Sambil makan sambil tengok Masterchef Malaysia.

Yummylicious!


Hari ni Ahad, pagi-pagi hubby pergi pekan Tuaran. Harini ada pasar tamu. Hubby tolong beli betik untuk aku.  Sebabnya, sembelit datang lagi +__+ Tapi alhamdulillah makan sikit tadi, dapatla membuang dengan jayanya lepas tu hihihi...

Aku dok rumah macam biasala, cuci baju, jemur baju, tengok tv. Boring boring..

Tengahari, hubby balik, dia ajak berkelah kat Pantai Dalit. Dia suruh bawak bekal nasik, makan kat sana. Gigihla aku goreng ikan terubuk (lagi), buat sup sayur.. Nak pegi pantai tu sebabnya hubby nak amik gambar dengan moto baru dia hehehe... So dia bawak moto kat depan, aku follow dari belakang dengan kereta..

Hubby leading the way.
Tapi sesat. Ape cer??? hahaha

Walau bagaimanapun, kitorang tak sampai pun kat Pantai Dalit tu sebab kitorang tak jumpa jalan, sesat! haha.. So jadila, road tour pergi pantai kitorang hari ni sebagai road tour jalan-jalan makan langsat :P

Tak dapat bergambar di pantai, tepi jalan pon jadilaaa ekekeke

Lepas tu ingat nak pegi Karambunai je. Tapi nak masuk Karambunai kena bayar la pulak. Cancel jela. Perut dah lapar dah masa tu.. Singgah tepi jalan, minum air kelapa dulu ehehe..

Minum kelapa muda untuk hilangkan dahaga


Lepas tu, kitorang berkelah dalam rumah je, depan tv haha.. Sabar jela akuuu....

Vios & Demak jalan-jalan makan langsat, perabis minyak :P


Itu jela cerita weekend aku.. How's yours? :)


p/s: Cerita ni patutnya aku cerita dalam main blog aku: Amalini's Diary. Tapi since blog pregnancy ni takde cerita, post jela kat sini. Asalkan berupdate kan uols hihi...

Friday, December 16, 2011

5 Words Babies Used - Baby Language

Assalamualaikum,

Hari ni dalam Facebook, a friend of mine share satu video yang sangat menarik. Expecting mommies and mommies yang ada anak baru lahir dan berusia 3 bulan ke bawah patut tengok :)

Video ni actually excerpt dari Oprah Winfrey Show. Dia temu bual Priscilla Dunstan yang ada ability memahami bahasa bayi. Bila dorang test, memang betul pun apa yang Priscilla tu cakap. Nak betul-betul confirmkan kita kenala try sendiri :)


Ada 5 perkataan yang baby selalu keluarkan. Korang boleh tengok video ni untuk contoh-contoh macamana baby keluarkan perkataan tu. The words are:

Neh - Maksudnya baby lapar (Hungry)
Owh - Maksudnya baby mengantuk atau letih (Sleepy)
Heh - Maksudnya baby rasa tak selesa. Mungkin diapers basah. (Discomfort)
Eair - Maksudnya perut baby kembung. Atau nak berak. (Lower gas)
Eh - Maksudnya baby nak sendawa. (Burp)

Bagi aku benda ni menarik sangat. Tak sabar la pulak nak tunggu baby keluar and dengar sendiri ada tak baby keluarkan 5 bunyi ni dan betul tak dengan apa yang Priscilla cakap hehe.. Tapi tunggu bila masanya dah tiba la baby ye..

Mothers with newborn, cuba try dengar ada tak baby keluarkan bunyi-bunyi ni :)

Huu Very The Touching la Video Nih!


Tersentuh pulak hati bila tengok video nih..
Ni baru pegi tadika. Macamana kalo belajar jauh-jauh.
Sedihnye terpaksa berpisah dengan anak..
Sobs.

Aku ingat lagi masa pertama kali berjauhan dengan mak.
Masa tu aku masuk Kolej Matrikulasi Kedah.
Masa mak nak balik tu aku nangis gile gile..
Tak kesah dah pandangan orang.
Yang aku tahu, aku sedih nak berpisah dengan mak.
Dengan ayah pun sama. Aku takdela close sangat dengan ayah. 
Tapi entahla, masa tu pun sedih sangat rasa.

Dah abis setahun lebih kat Kedah, masuk UPM Serdang pulak.
Masa hari daftar, mak ayah dah nak balik, au boleh control sikitla emosi.
Dah belajar dari pengalaman.

Latest, ialah berpisah dengan mak ayah sebab aku dah pindah ke Sabah ni.
I cried a lot ok masa kat airport hantar dorang balik haritu.
Sekarang pun air mata dah bergenang :'(
Teringat balik kata-kata mak ayah masa aku bagitau aku nak kena ikut hubby ke Sabah.
Mak ayah berat hati tapi dorang cakap,
"tempat seorang isteri adalah bersama suaminya.. pergilah.."
Sobs.

Dulu duduk Changlun, duduk Serdang, boleh je lagi balik kampung jenguk dorang.
Tapi sekarang duduk di Tuaran ni, kami dipisahkan Laut China Selatan.
Tak boleh balik selalu.
Kecuali aku kaya raya la kan, tiket harga RM600 pun mampu beli.
Tapi takpelah, aku redha, aku tabahkan hati, kuatkan hati.
Yang penting, mak ayah sentiasa ada dalam doa aku.

I love you Mak, I love you Ayah
:)







Thursday, December 15, 2011

Jom Kongsi Due Date - Ramainya Baby 2012 :)

Assalamualaikum,

Heee aku happy. Happy sebab aku jumpa ramai mommies to be yang most of them due date next year, 2012, sama macam aku :) Masa mula-mula buat blog pregnancy journal ni dulu aku dok google la blog mommies yang due date dia tahun depan sebab nak tau cerita dorang. Bleh kongsi-kongsi kan. 

Alhamdulillah jumpa ramai. Terus add kat bloglist. Ada masa aku sure akan jenguk, baca latest story dari dorang. Best best, banyak benda baru aku belajar. 

Thanks to all mommies to be yang singgah ke blog aku and jadi follower blog picisan aku ni. Sorry aku tak dapat follow korang balik. Bukan aku tak nak, cuma aku tak tau kenapa, google connect aku ni macam ada problem. Bila click follow, mesti keluar page not found. Geram betul. Dah puas aku refresh, reload, tapi tak jadi jugak. So solutionnya, aku add je terus kat bloglist. Ada latest story, aku baca... Kalau korang follow aku tapi blog korang takde dalam list Supermak & Supermak-to-be kat belah kiri ni, bagitau aku ye. Dengan segera aku add :)

Other than mommies yang aku kenal thru alam maya ni, kawan-kawan aku in reality life pun raaaamai yang tengah pregnant sekarang ni. Ada yang due date bulan January, May, July, August.. Yang lebih kurang due date dengan aku pun ada, March. 

Paling best mak mertua aku. Insyaallah tahun depan, dia akan dapat 2 orang cucu - anak aku dan anak adik ipar aku,  insyaallah, dan 2 orang cicit - anak pada anak sedara husband aku. Oh 3 cicit sebabnya sorang tengah pregnant kembar. Wahh meriahla rumah mak mertua aku nanti. Akan ada 5 orang baby hihihi...

Ramaila umat Nabi Muhammad SAW tahun depan kan? :)

Mommies, jom kongsi due date. Mana tau baby kita sebaya ke, beza sebulan dua je ke :)

Due date aku: 10 March 2012 :)

Yours?

Wednesday, December 14, 2011

Suntikan Anti-Tetanus (ATT) Ketika Hamil - Perlu atau Tidak?

Assalamualaikum,

Bulan lepas aku kena suntik dos pertama ATT ni. Hari ni kena dos kedua. Sakit tak payah cakapla kan. Especially bila ubat dah masuk.. Kesengalan yang nyata ehehe... Nurse kat Tuaran ni bagus je. Masa nak cucuk tu dia dah cakap, "sakit sikit ni dik. Tahan ye.." Aku buat-buat relax je ehehe.. Sakit sekejap je masa cucuk tu. Tapi effect suntikan ATT ni, boleh buat tangan kita ni lenguh-lenguh. 2, 3 hari jugak nak hilang tu. Tadi aku tido, agaknya mengiring belah kiri lama sangat, tak sedar, bila bangun, huii lenguh tak terkata...

heh ada ke yang tersenyum camni bila kena cucuk?

Anyway, tadi aku google, keperluan suntikan anti tetanus ni. Sebabnya aku rasa kalo checkup kat hospital swasta, dorang tak inject pun. So aku macam pelik jugakla, kenapa hospital kerajaan suntik pulak. Ape effect pada baby?

I found one very reliable source - blog Dr Zubaidi.

Aku takleh nak copy paste so aku amik point point penting jela ek..

- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.

- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).

- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.

- Pendapat Dr Zubaidi:

Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
 Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.
Allahu a'lam

Kalau korang nak baca detail lagi, bolehla baca kat blog Dr. Zubaidi.


So, dah jelas la kan? Terpulangla pada anda nak cucuk ke tak :)

Checkup Week 27

Assalamualaikum,

Hari ni, 14 Disember checkup minggu 27. Kat mana lagi kalo bukan kat KKIA Tuaran kan. Appointment pukul 8 pagi. Aku pegi pukul 7.30pg, orang dah ramai. Dapatla giliran yang ke 12 untuk ke makmal. Then giliran yang ke 28 untuk jumpa nurse. 

Pegi sorang-sorang je since husband on duty hari ni. Kalo tak keje pon aku tak mau la dia ikut. Mati kutu dia nanti ehehe.. Senang pergi sorang. Lagipun 20 Disember nanti insyaallah aku nak ke Hospital Likas. Nak check kes placenta previa aku dulu and daftar nak bersalin kat sana. Yang ni hubby kena teman sebabnya jauh jugakla nak ke Hospital Likas tu. Plus aku tak tau jalan ehehehe.... So 20hb nanti dia kena amik cuti. Routine checkup biarla aku pegi sendiri.

Sepertimana aku dah uar-uarkan sebelum ni, hari ni aku kena buat MGTT - minum air gula. Aku start puasa semalam dari pukul 8 kot. Minum air masak je untuk tahan lapar. Nasib baikla appointment awal pagi, takdela rasa kebulur sangat.

Air glukos tu kena minum segelas. Kena habiskan ye.. Aku tak amik gambar, segan dengan misi ehehe.. Anyway, glukos yang aku beli tu tak pakai pun sebabnya dorang dah ada stok. Cehh.. So aku dermakanla kat dorang. Aku nak simpan pun tak guna, takmo dah minum pasni huhuhu... Alhamdulillah aku berjaya habiskan segelas air gula tu. Tapi seksa jugakla nak habiskan ehehe..Aku ingat air gula tu macam pekat. Tapi tak rupanya. Macam air sejuk biasa cuma rasa manis je. Memula minum macam ok lagi. Dah sampai pertengahan tu nak termuntah jugakla. But I take my time. Drink slowly.. Kalau minum seteguk habis memang boleh muntahla.. Dah habis minum segelas tu cepat-cepat minum air masak ehehehe... Tak tahan weh rasa pedih kat tekak. Manis sangat.

Aku amik darah pertama pukul 8 pagi. Bacaan: 4.4. Alhamdulillah. Normal tu kan? Next amik darah pukul 10 pagi.. Second reading: 6.5. Alhamdulillah, normal :) Lega jugak sebab takde kencing manis ni. Tapi aku kena berjaga-jaga jugak lagi. Sape tau kan, later ada? Tapi mintak jauhla...

Overall kesihatan aku sangat memuaskan. Berat turun! Yeahhhh.. turun 0.15g je ehehe.. Last month 72.5kg. Harini 72.35kg. Turunla jugak kan? hihihi.. Yang penting tak naik. Aku dah risau kalau berat naik banyak je. Tanya hubby haritu, "abang tengok sayang macam gemuk tak? Agak-agak berat sayang naik tak?" Dia tengokkk je aku. Then dia cakap, "macam dah naik.. " Haha dia salah! :P

Hb turun lagi. Aiseh. Haritu 11.4. Harini 11.0 balik. Adeii.. rasa macam dah banyak makan sayur hijau. Nak kena makan banyak lagila ni. Letih! Bukan favourite aku tu makan sayur hijau. Tapi for mama's and baby's sake, makan aje la ye?

Baby pun alhamdulillah ok. Misi cakap. Aku tak dengar jelas heart beat baby harini sebab masa misi letak Doppler tuh riuh rendah pulak bilik checkup tu dengan suara misi yang lain. Dorang tengah sembang ape tah. Tapi dah misi kata ok, okla tu...

Aku dapat vitamin macam biasa and ubat sapu untuk gatal-gatal kat betis yang dah bertukar jadi kudis dah pon. Sebab aku suka garu huhu.. Haritu hubby gosok-gosok, dia cakap, "hishh kulit betis ke kulit durian ni? Kasar! Berduri!" Cehhh.... 

Next checkup is on 28 December. Dah jadi 2 minggu sekali dah. 

Happy lah harini sebab semuanya ok :) 

Tuesday, December 13, 2011

Baik Buruk Menidurkan Bayi Dalam Buaian..

Assalamualaikum,



Few days ago, aku dan husband ada perselisihan pendapat sket mengenai penggunaan buaian. Ianya bermula bila hubby nampak buai jiran sebelah yang dia dah nak buang kot. Hubby cakap kita pun nak kena beli buai nih. Aku membantah. Aku cakap tak nak la ajar baby tido dalam buai. Nanti nak pegi mana-mana kena angkut buai sebab takut baby susah nak tido kalau takde buai... Macam renyah la kan nak bawak buai pegi mana-mana. Dahla buai ni besar bagak...

Hubby memang betul-betul pertahankanla penggunaan buai nih... Dia siap cakap dengan baby, "baby baby.. mama takmo beli buai... Nanti baby nak tido kita biar mama dukung je ehh... Biar mama takleh buat keje. Mama takleh masak...." Dalam nada nak perli aku la. Cehh  geram betul aku huhuhu.. Baby jangan dengar cakap abah tauuu huhu...

Aku bukan tak sokong penggunaan buai ni. Aku kecik-kecik dulu pun tido dalam buai. Tapi macam aku cakap kat atas tadi la.. Takut baby terlalu bergantung dengan buai..

Tak dinafikan kalau guna buai, baby boleh tidur lebih lama dan lena. Bila baby tido lena, mak nye pon bolehla buat keje rumah dengan senang hati.

Semalam sesaje la google baik buruk buai nih. Jumpa satu Q & A pasal buai. Lupa nak copy link..  Sorang mak tanya doktor ape keburukan buai ni and below is the answer:


Buaian boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi.

Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage.

Hakikatnya, kebanyakan kes pendarahan otak subdural yang bukan melibatkan kes penderaan boleh dikaitkan dengan penggunaan buai.

Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak.Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.

Henjutan buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama.

Hayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding. Pernah berlaku di mana abang kepada bayi yang berumur dua tahun yang gemar menghayun buai tidak sedar kepala bayi sedang menghentak dinding.

Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus.

Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai.




Aiyarrkkkk lagilaaa buat aku takut nak guna buai nih. Tapi hubby insisted. Hmmm maybe boleh guna buai tapi nanti hayun tu hayun slow-slow jela. And masa newborn of coursela tak masuk buai. Dah besar sikit bolehla.. We'll see.. we'll see.. 

Monday, December 12, 2011

Kaki Kejang Masa Tidur - Korang Dah Kena?

Assalamualaikum,



Pagi tadi masa syok syok tido tetiba kaki aku kejang! Adeiii....... Kaki kiri. Ditariknya urat bawah betis tuh. Keluar jugakla air mata menahan sakit.

Hubby dah pegi keje dah. Kalo ada dia boleh mintak dia urut-urutkan. Tapi tadi terpaksala urut sendiri. Itupun aku tak berani nak urut kuat-kuat sebab sakit. Kang makin tersalah urat pulak.

Setahu aku, cramp kaki ni normal pada ibu mengandung.. So far aku takdela selalu cramp. Last cramp masa awal-awal pregnant dulu. Itupun aku rasa sebab aku sejuk. Tu yang tetiba urat tarik...

Mari kita tengok tips nak merawat dan mencegah kaki kejang nih.. Aku amik dari

http://www.bengkungmoden.com/blog/penjagaan-semasa-hamil/merawat-kaki-kejang-sewaktu-hamil/


Kejang di kaki boleh dirawat dengan cara berikut :
  • Rendamkan kaki didalam air suam yang dicampur dengan garam. Dengan ini ia membantu melegakan kaki anda.
  • Minum air secukupnya setiap hari
  • Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan
  • Pakai seluar panjang sewaktu tidur
Bagi cara pencegahan pula :
  • Elakkan dari berdiri atau duduk dengan kaki bersilang dalam masa yang lama
  • Lakukan senaman kaki atau senaman regangan setiap kali sebelum masuk tidur
  • Terdapat kajian menunjukkan pengambilan suplemen magnesium sebagai vitamin sampingan kepada multi vitamin sewaktu hamil boleh membantu sesetengah wanita yang menghadapi masalah kekejangan kaki.

Alkisah Barang Baby

Assalamualaikum,

Barang baby aku dah beli lama dah. Masa baby belas-belas minggu kot. Lupa dah. Boleh tengok entry aku yang ni 


Barang penting-penting macam baju, mittens bootees tu semua dah beli dah. Banyak pulak tu hohoho.. Beli masa duduk Putrajaya. And guess what, barang tu sume masih di Putrajaya *__*

Kisahnya, aku dah siap masuk beg dah barang tu sume, nak bawak ke Sabah 15 Nov haritu. Walau bagaimanapun, barang baby banyak sangat. Dahla banyak, overweight la pulak. And aku beli luggage Air Asia tu 15kg jek. Huuuuuuu.... Jadi terpaksala aku tinggalkan dulu. Insyaallah mak ayah aku datang sini bulan Februari nanti dorang akan bawak..

Tetapi untuk langkah berjaga-jaga, aku kena la beli lagi baju kat sini. Tak bolehla takde langsung kan. Dibuatnya baby keluar sebelum mak ayah datang, baby nak pakai baju sape? Baju mama ngan abah? Nehi nehi.. Makanya kena belila jugak...

Aku jeles sebenarnya dengan mommies kat Semenanjung huhu.. Jeles sebab banyak sangat warehouse sale kat sana. Huwaa baju baby, barang baby murah-murahnya... Kat Sabah ni mana ada. Err kalo ada pun, aku tak tau kat mana.. Hmmphhh... jeles jeles.. Nak beli online pulak, susah. Sebabnya tempat aku duduk ni, Pos Malaysia biasanya hantar surat/package kat guard house je. Then takde sape yang nak agih-agih. Kena pegi amik sendiri. Hish tak kuasa la aku. Dibuatnya barang tu hilang ke. Naye. Nak hantar kat opis husband, erm aku tak nak susahkan dia. Lagipun dia bukan suka aku beli barang online nih. Yang beli CD tu pon dah bising, apatah lagi beli barang lain ehehe. Takmo takmo.. takmo derhaka...

Beli ajela kat kedai yang ada kat Tuaran/KK nanti huhu... 

Insyaallah, hubby dapat bonus nanti nak pegi beli ngehngeh.. Nasib baik ada bonos. Tak banyak pun tapi okla. Better than nothing :)

Saturday, December 10, 2011

Perut 27 Minggu/6 Bulan

Assalamualaikum,

Tayang perut sikit ngehngehngeh.. Baby dah berusia 27 minggu dalam perut mama nih.. Aktif bergerak bila dalam kereta (dalam perut dah suka jalan-jalan ye sayangg), petang aktif sikit-sikit, malam nak tido pun aktif jugak. Especially bila mama mengiring belah kiri. Adoi suka betul dia tendang-tendang..

sungguh-sungguh amik gambar sendiri hihi
besar ke perut aku?
takdela sangat kan kan kan...

My first maternity dress!
Pemberian akak aku.. Dia punye masa pregnant dulu.
Aku tak beli sendiri pon. Amik orang bagi je.
Even maternity dress mak aku pon ada jugak hihi..
Baju ni besar so takdela nampak sangat perut..

14 Disember ni checkup di KKIA Tuaran.
Hopefully baby sihat walafiat.

Satu je permintaan mama,
Baby dudukla belah kanan jugak. 
Mama dah sakit pinggang asek tido ngiring belah kanan je.
Nak rasa ngiring belah kiri pulak..
huhuhuhu



Friday, December 9, 2011

Hidung Berdarah & Vaginal Discharge

Assalamualaikum,

Sekarang ni hidung aku kerap jugak berdarah. Tapi takdela banyak. Usually darah keluar after I blowed my nose. Mungkin aku blow kuat sangat kot. Baca dalam internet, aggressive blowing can lead to nose bleeding. Lagipun masa pregnant ni normal kalau hidung mudah berdarah. Sebabnya blood vessels kita mengembang. Pregnant ni semua pun mengembang ehehe...



Cara nak atasi hidung berdarah semasa hamil menurut babycenter.com:


  • Drink extra fluids to help keep all of your mucous membranes well hydrated.
  • Blow your nose gently. Aggressive blowing can lead to nosebleeds.
  • Try to keep your mouth open when you sneeze.
  • Avoid dry air, especially in wintertime or in dry climates, by running a humidifier inside your house and not overheating your bedroom. Also stay away from irritants like smoke, which you should be avoiding anyway.
  • Use a lubricant to prevent nasal dryness. Some experts recommend petroleum jelly. Others suggest a special water-based nasal lubricant that is available over the counter at pharmacies. Saline nasal sprays or drops can help, too.
  • Don't overuse medicated nasal sprays or decongestants. They can dry out and further irritate your nose.


Lagi satu masalah aku ialah vaginal discharge yang agak banyak jugak. Hari-hari kena pakai panty liner. Kalo tak, abesla kena panties. Malas tol nak mencucinya..  Dahle dia macam milky milky sket. Kalau kering, peh payahnye nak sental huhu...



Benda ni pun common jugak. Nasib baik. At first aku ingat ada something wrong huhu..

Menurut babycenter.com, vaginal discharge ni disebabkan oleh

"partly because of increased estrogen production and greater blood flow to the vaginal area. This discharge is made up of secretions from the cervix and vagina, old cells from the walls of the vagina, and normal bacterial flora from the vagina."

So kalo sape yang mengalami nasib sama macam aku, sabar jela ehehehe... Pakai ajela panty liner.. Lagi, make sure Miss V kita tu sentiasa kering. Masa pregnant ni kan selalu kencing. After kencing tu lap kering-kering. This is to prevent from infection. Kalo ada infection bahaya jugak, boleh affect baby...

Tapi kalo rasa discharge tu kaler dia lain macam cepat-cepatla jumpa doktor ye.

Lain macam kat sini contohnye yang keluar tu kaler dia clear, mungkin air ketuban yang keluar. Kalau kaler kuning atau hijau, mungkin ada infection. Ape-ape pun, cepat-cepat jumpa doktor..

Macam-macam la nak jadi masa pregnant ni kan. Takpela, jadikan ia sebagai pengalaman yang sangat berharga :)

Thursday, December 8, 2011

Cloth Diapers vs Disposable Diapers

Assalamualaikum,

These photos are to motivate me :D





Aku berminat nak pakaikan my darling baby cloth diaper (cd) after reading Ryehanna's blog ni. Serius suka tengok her darling son, Razin, pakai cd. Comey yang amat! Terus jatuh hati hehe.. 

Another reason is because cloth diaper ni menjimatkan. Imagine berapa mahal disposable diapers (dd) tu kemudian dalam sehari berapa kali kita dok buang dalam tong sampah. Macam rasa membazirnyee duit.. Aku dan hubby tak punya duit yang banyak. In fact now, kitorang ada satu income je since aku sekarang full time housewife. Gaji hubby pun tak banyak. Berapa sangatla gaji LLP Navy. Cukup-cukup makan je after tolak sume hutang piutang. So, aku nak jugakla tolong hubby kurangkan belanja kat dd ni.. 

Another important reason is, I want my baby to have a healthy bum and skin! Hehehe... Dalam first picture kat atas tu, dah tunjuk ingredients dalam dd. Maybe kesannya takdela serta merta nampak but who knows kan. Mencegah lebih baik orang cakap...

Anyway, banyak jugak cabaran nak bercd nih. Paling utama faktor rajin atau malas. Aku nih takdela rajin sangat. Heh pemalas ni! Kekadang terpikir jugak macamanala nak cuci cd2 nih. Rajin ke aku nanti. Hubby dah cakap awal-awal, dia memang malas nak tolong cuci. Dia cakap, "abang rasa, memandangkan abang yang nak kena tolong sayang uruskan baby nanti, abang tak rasa abang rajin nak cuci cd cd nih. Kita pakai pampers jela eh??" Huuu sayu je rasa hati cos hubby tak berapa nak menyokong... Bila partner in crime dah tak menyokong lagila aku rasa macam bleh ke aku nak pakaikan anak aku cd nih..... Tapi, aku kena kuatkan semangat. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan? Some more aku dah keluarkan banyak duit jugak untuk beli cd for starting so, tak nakla membazir macam tu je.. Moga-moga rajin sentiasa berada bersama ku!! :)

Jujurnya, aku rasa tak bleh nak fully cd. Nak kena gilir-gilir guna jugak dd, maybe waktu malam. Bila keadaan dah stabil, baby pun dah besar, maybe bolehla fully cd. Insyaallah, moga-moga niat baik aku ni berjaya aku realisasikan :)

Tuesday, December 6, 2011

Week 26: Nikmatnye Dapat Rasa Baby Bergerak! :)

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, my darling baby dah masuk minggu ke 26. Minggu ke 26 maknanya dah 6 bulan dah baby dalam perut mama. Alhamdulillah...

Ikut TheBump.com baby sekarang sebesar terung!

Aku belum scan jadinye tak tahu la berapa cm and berapa gram dah baby sekarang. But I know my darling baby is growing well, insyaallah.

Ramai yang cakap perut aku sangat besar untuk kandungan yang baru masuk 6 bulan. Dorang cakap perut aku ni macam dah pregnant 8 bulan. Erkk.. Sume dok cakap sure baby besar ni. Takpela, baby besar takpe, yang penting sihat. Lagipun dari luar je nampak macam besar, kat dalam maybe baby in his/her average size, who knows? Nantila aku scan baru tahu...

Bila masuk minggu 26 ni, gerakan baby dalam perut dah lain. Kalau masa 4 bulan dan 5 bulan dulu, just boleh rasa macam denyutan nadi camtu. Perut pun macam kena tumbuk sekali macam tu je.

Tapi sekarang dah lain. Dah boleh rasa baby gerak-gerak merata dalam perut ehehe.. Perut ni pun kadang-kadang macam berombak-ombak. Ya Allah, suka sangat bila dia gerak tu. Nikmat! Kalau boleh nak dia gerak selalu. Kalau dalam sehari dia senyap, tak gerak sangat, mulala aku risau. Aku tepuk-tepuk perut suruh dia gerak ehehe.. Macam harini, baby jarang gerak. Aku dah risau dah huu.. Tapi bila gosok perut perlahan-lahan, tepuk perlahan-lahan, baby pun ada la gerak sikit. Sikit pun jadila, yang penting mama tahu sayang mama sihat dalam perut mama :)

Nikmat sungguh pregnant ni kan? No wonder ramai yang rindu nak mengandung bila dah bersalin ehehe..

Terima kasih Ya Allah di atas kurniaan-Mu yang paling hebat ini.

Nak Makan Makanan Manis Manis huuuu

Assalamualaikum,

Makanan yang aku teringinnnnnn sangat sangat nak makan

Ice cream cake

Banana split

Big Apple Donuts

Ketupat sotong

Kek black forest

trifle

kek tiramisu


Ahhhh... kalaula dapat makan semua ni.............

Banyak lagi yang ada dalam kepala. Semuanya manis manis. Tapiiii.. sabar sabar... Aku takleh sesuka hati makan manis. Haritu dah atas pagar dah huhu...

Yang penting 14 Dis ni aku kena minum air manis ni dulu

Aiyarkk tak seleranya..
Glukose ni aku beli kat farmasi di Tuaran ni. Nasib baik ada.
Tapi yang tragisnye, ni plain flavour huu
Kenapala takde flavour oren ke, ribena ke, ada nafsu jugak aku nak minum.
Each packets 15g. Nurse kata nanti bancuh 5 peket ni dalam satu gelas.
Aaaaa... sabau jele...

Kenapala MGTT kena minum air gula.
Buatla test kena makan kek 2kg ke sedap jugak hihihi

Sunday, December 4, 2011

Petua Mengetahui Jantina Bayi - Perempuan atau Lelaki?

Assalamualaikum,

Haa harini nak cerita pasal petua orang-orang kita mengenai jantina baby yang dikandung. Aku belum tahu jantina my darling baby sebab belum pergi scan. Nak kata tak excited nak tahu tak jugak. Tapi kekadang ada rasa macam tak nak tahu. Nak surprise la kunun. Tapi kalau tahu pon ada elok jugak kan? Tengokla macamana..

Aku saje search petua ni kat internet. Bukan boleh percaya bulat-bulat kan. Memain bolehla :)

Diambil daripada blog: http://mamiraysha.blogspot.com

1) Melihat kepada perut si ibu. Kalau perut ibu kelihatan tajam iaitu meruncing ke depan, maka anak dalam kandungan tu lelaki. Kalau perut ibu bulat bundar / melebar ke tepi, itu kemungkinan anak perempuan. 


Perut 5 bulan++


~ Errr aku rasa perut aku tak tajam ke depan. Macam melebar ke tepi je.. kan kan? = PEREMPUAN




2) Melihat kepada nipple breast si abang atau kakaknya. Kalau nipple abang atau kakaknya terbelah..maka anak yang dalam kandungan tu anak pompuan. Sebaliknya, kalau nipple tu bulat / timbul maknanya anak dalam kandungan adalah lelaki. Ingat..nipple abang atau kakak kepada anak dalam kandungan tau. Bukan nipple ibu ataupun kakak atau abang si ibu..hehehe...


~ Yang ni takleh nak cakap, cos aku pregnant anak sulung :D


3) Melihat arah tidur si ibu. Kalau si ibu suka tidur mengiring ke kanan.. maka kemungkinan anak yang dikandung adalah lelaki. Sebaliknya, kalau suka mengiring ke kiri..hah mungkin anak pompuan.


~ Hmm aku selalu mengiring sebelah kanan sebab bila mengiring sebelah kiri rasa macam baby dok tendang-tendang... = LELAKI


4) Merasa arah berat perut. Kalau si ibu merasa bahawa anak dalam kandungan suka duduk kat sebelah kanan..mungkin anak lelaki. Sebaliknya..kalau baby tu suka dok sebelah kiri..mungkin pompuan.


~ Baby selalu duduk belah kiri :) = PEREMPUAN


5) Melihat perangai si ibu. Kalau si ibu semasa mengandung suka bersolek, bergaya.. hah kemungkinan anak dalam kandungan tu pompuan. Sebaliknya kalau malas nak bersolek, bergaya ni..anak lelaki la tu.


~ Aku nih sebelum mengandung pon memang tak bersolek, tapi ada la jugak pakai foundation, bedak and lip balm kalo nak keluar memana. Tapi bila dah mengandung sume tu aku dah tak pakai dah. Malas gileee.. Pakai pun selekeh-selekeh je. Asyik pakai tudung kaler hitam je hihi.. So, = LELAKI? 


6) Melihat garisan pada perut ibu. Kalau garisan tegak dari bawah ke atas tu terang dan tak putus-putus maka anak dalam kandungan tu kemungkinan lelaki tapi kalau terputus..kemungkinan pompuan.


~ Garisan yang dimaksudkan garisan linea nigra ke? Ermm aku punye tak putus-putus. = LELAKI


7) Melihat pada wajah si ibu. Kalau wajah ibu berseri-seri orang kata anak lelaki tapi sebaliknya kalau muka tak berseri orang kata anak pompuan..sebab anak pompuan tu telah menarik seri wajah ibu dia..sebab tu muka ibunya tak berseri..


Kusam je kan muka aku?


~ Hah ni aku tak tau. Berseri ke tak muka aku nih hihii.. Aku rasa macam tak je... = PEREMPUAN


8) Melihat kepada buku lali si ibu. Kalau kelihatan licin dan putih berseri, kemungkinan anak lelaki. Jika kelihatan kehijauan mungkin anak perempuan


~ Err tak putih dan tak hijau. Macamana tuh? hihi


9) Melihat kepada response baby lelaki atau perempuan terhadap ibu yang mengandung. Katanya, kalau baby pompuan tu suka kat ibu mengandung ni..anak dalam kandungan kemungkinan lelaki. Tapi sebaliknya kalau baby pompuan tu tak suka kemungkinan ianya sama jantina dengan dia..pompuan. Begitulah sebaliknya..


~ Haa yang ni aku rasa baby girl yang ok dengan aku. Baby boy selalu tak layan kalo aku agah. = LELAKI




Kesimpulannya? Lelaki menang hihihi... 


Tapi kalo ikut kawan-kawan ramai yang cakap aku tengah pregnant baby girl. Family pulak cakap baby boy.


Lelaki ke perempuan aku dan husband tak kisah pun. Syukur alhamdulillah dengan kurniaan Allah. Yang penting anak kami ni sihat walafiat, cukup sempurna sifatnya.