Wednesday, November 14, 2012

Cerita Bergambar ehe

Assalamualaikum,

Shaheem tengah tido! Kena update blog laju-laju sebelum dia bangun.

Phew, sibuk betul sekarang ni. Sibuk melayan Shaheem yang dah banyak akal tu. Shaheem dah 8 bulan dah. And guess what, masuk 8 bulan ni, aduiiii dia betul-betul dah berubah. Asyik meragam je. Pastu kurang hisap susu. Makan pun tak mau sangat. Risau hati ni tapi tengok dia aktif macam biasa rasa lega sket. Tanya jiran-jiran dorang cakap memang biasala budak umur macam ni tengah nak besar. Banyak ragam. Tak mau menyusu tu katanya sebab nak ringankan badan nak berjalan. Huu hopefully betul la apa yang dorang cakap tu. 

Last week pegi klinik berdua dengan mama. Dah ada car seat kann hehe.. Alhamdulillah dia ok je dok dalam car seat. Mulut je bising bercakap dalam bahasa dia, "baa baa baaa.."



Berat terkini, 9.1kg dan tinggi 73 cm. Memang berat dan memang tinggi! Hehe.. berat tu ikut mama kottt and tinggi ikut abah.

Budak demam tapi tak reti dok diam

Sehari selepas pegi klinik tu, demam pulak... Tetiba je badan panas. Risau jugak aku sebab Shaheem dah lama kot tak demam. Sampai aku pun blur tak tau nak buat ape huhu... Thanks to Gojes Blogger Supermom yang banyak bagi tips <3

Sekarang suka sangat berdiri. Mana-mana tempat yang dia bleh pegang dia akan bangun berdiri. Fave place semestinya dekat gril ni.. Dulu kena pegang dua-dua belah tangan. Sekarang action, sebelah tangan je pegang.. Lagi satu Shaheem ni dah pandai jugak nak lepas-lepaskan tangan. Adui gerun betul aku.. Dah tak tau berapa banyak kecederaan dah dia dapat disebabkan kebuasan dia nih. Bibir dah pecah dah sekali huhu.. Anak anak, nak besar ni macam-macam peel la!

Sekarang susah betul nak pakaikan cd, nak pakaikan baju.
Mama kena berpeluh-peluh kejar dia baru bleh pakaikan huhuhu
Ni dia nak larikan diri dengan cuba untuk panjat sofa. 
Of course tak dapatla kannn hehe

Ni tempat kegemaran. Suka berdiri kat sini

Haa ni lagi satu kegemaran dia. Berdiri kat stroller.
Aku lock tayar belakang tak bagi gerak.
Kalau bergerak memang bahayala dia bleh jatuh.
Gambar yang dia baring tu dia dah jatuhla tu hehe

Masuk dalam bakul!

Sedang khusyuk tengok Masterchef

Ololololo anak abah :')
Masa ni abah dia baru balik selepas beberapa hari on duty.
Kira lama jugakla tak jumpa. Memang nak abah je bila abah ada.
Tido pun nak pegang abah.


Eh eh Shaheem kannn... Suka buat jari dia macam ni.........

Hubby kata macam Shaheem buat sign F tu je huaaaa
Sape ngajor nihhh...


Sekian, cerita bergambar :D

2 comments:

  1. haaa...tu dia, sekali entry bergambar..hik3..bz la kita kan..tak sempat nak update stori mori..masuk draft sokmo..

    ReplyDelete
  2. Aa..Shaheem!! dah big boy..betul2 nampak cam abang2 dah :) Encem!

    Tu jari cam "finger crossed", buat wish ape tu Shaheem :P

    ReplyDelete