Friday, July 6, 2012

Shaheem 4 Months Old

Assalamualaikum,



Syukur alhamdulillah, anak mama dah genap 4 bulan dah harini. Dah besar sikit hehehe.. Dah pandai meniarap. Dah pandai menyembur air liur. Adei makin gugurla rambut mama nihh... Dah kenal mama. Dah kenal abah. Tapi dengan abah kena scan lama-lama baru cam. Maklumla dengan abah malam-malam je jumpa hehe.. Dengan orang tak kenal dia nangis. Hamboi manja anak jantan mama ni... Apa-apapun mama sayang Shaheem :-*

Isnin lepas pegi KKIA Tuaran. Dulu checkup mama sekarang checkup Shaheem la pulak. 

Pergi dengan abah Shaheem. Kalo dah ada car seat pasni pegi sendiri jela kot. Abah tak payahla masuk keje lambat. Haritu sampai klinik pukul 8 pagi. Pukul 11 pagi baru masuk jumpa nurse huhu.. Kebas bontot duduk menunggu. Macam biasa la tu kan. Dah bese dah menunggu lama-lama ni. Hubby jela yang tak senang duduk. Maklumle tak biasa. Tapi hari tu nasib baikla dia jumpa member dia. Teman wife yang tengah pregnant. Ada la geng berbual. Aku pulak dok meriba Shaheem. Sempat jugak Shaheem tido sejam hehehe... Yang lenguhnye lengan mama huhuhuh...

Anyway. memula sampai tu kitorang timbang Shaheem dulu. Bogelkan dia, letak atas penimbang. Kat KKIA Tuaran ni guna penimbang digital so senangla. Aku tak reti nak baca penimbang biasa tu huhu.. Nasib baik Shaheem dah berak kat rumah pagi-pagi. Aku takut betul kalau dia berak kat klinik. Susah nak basuh! Berapa berat Shaheem? Jeng jeng jenggg.. 7.3kg!! Hohoho patutla lenguh je bila dukung dia... Naik 800g dari bulan lepas. Okla tu kan?

Then masuk jumpa nurse, macam biasala nurse just tanya basic questions. Baby sihat tak? Menyusu ok tak? Then dia ukur tinggi. Tinggi Shaheem sekarang ialah 66.5cm. Nurse cakap, "tinggi anak ko ni..." Hehe macam mama dan abah la kan...

4 bulan takde injection. So datang klinik just untuk timbang berat, ukur tinggi and normal checkup jelah. Next month baru ada inject. 

Kesimpulannya,


Berat: 7.3kg (Last  month 6.5kg)
Tinggi: 66.5cm (Last month 63cm)
Lilitan kepala: 41.5cm (Last month 41cm)

I love you lah boy!





7 comments: