Thursday, April 12, 2012

Shaheem Wearing His 1st CD :)

Shaheem pakai CD Rainbow BB


Assalamualaikum,

Harini aku try pakaikan Shaheem cd for the first time. Sebenarnye dah banyak hari jugak dah tangan ni dok gatal nak pakaikan tapi aku tak konfiden. Ditambah pulak sabun nak membasuh CD takde. Harini terasa gian yang amat sangat.. Sanggup pegi Manjaku beli sabun Pureen HAD tu ehehe.. By the way, murah pulak sabun tu kat Manjaku Kota Bharu ni, RM15.90. Seingat aku masa beli kat Jusco Equine dulu RM17.90....

So aku pakaikanla kat Shaheem petang tadi. Dari pukul 3 petang. Sama macam disposable diapers (dd), cloth diaper ni pakai selama 3 jam jugak. After 3 hours kena tukar. Sepanjang Shaheem pakai tu aku risau jugakla takut bocor sebab Shaheem ni heavy wetter jugak. Tapi alhamdulillah, tak bocor. Ok je hehe.. Aku rasa sebab aku tukar selepas 3 jam pakai. Kalau aku biar sampai 4 jam lencun jugakla kot. Tapi aku memang selalu tukar diapers Shaheem every 3 hours. Kesian dengan bam bam dia huhu.. Shaheem pulak kalau dia tido memang maximum 3 jam. Jadinye bila dia bangun aku terus tukar diaper dia tu...

Apa-apa pun, aku tak bleh nak fully cd Shaheem lagi kat rumah mak aku ni. Sebab sebelum balik haritu, masa packing aku sempat grab 6 ketul je cd... Tak amik banyak-banyak sebab takut beg berat. Aku amik 15kg je luggage haritu huhu.. 6 ketul cd mana boleh nak fully siang malam. Siang pun takleh nak fully jugak.. Kalo nak fully at least kena ada 20 ketul cd... Takpela, gilir-gilirla dengan dd dulu... Dah balik Sabah nanti try pakai cd sepenuhnya. Cewaaahh semangat ehehe...

Aku memang nak try jugak pakaikan Shaheem cd sepenuhnya. Sebab aku betul-betul nak berjimat! Tang susu dah tak bleh jimat dah sobsobsob.. So tang diapers ni la nak kena jimat sket. Kalau pakai dd perbelanjaan memang besar la bulan-bulan. Yelah, Shaheem tak breast feed kan sobsob. Terpaksala keluarkan duit untuk beli susu formula. Aku beli susu Snow. Kalau kat Semenanjung, tin besar 900g, RM56.50. Paling murah jumpa pun kat Speedmart, RM52.90. Kat Sabah, mahal nak mampos. RM59.90. Then campur pulak dengan dd. Aku beli Drypers Wee Wee Dry saiz S. Kat Semenanjung ni kalo yang 64 keping tu kebanyakan kedai jual RM29.90. Tapi kat Sabah RM34.90. Jauh gile perbezaan harga Semenanjung ngan Sabah kan? Kalau tambah dua-dua kos beli susu ngan dd tuh, memang banyakla duit kena keluar bulan-bulan. Dahla kitorang ni 1 income je. Bukanla kedekut dengan anak tapi kalau boleh berjimat kita tryla jimat kan? Duit tu nanti bleh guna untuk benda lain..

Pesanan untuk diri sendiri - Berusahalah!! :) 


11 comments:

  1. bagus amal teruskan berCD...akak tak dapek la nak CD..keje kan...setiap 3 jam tukar tu susah sikit la nak komitmen...takpe jimat apa yang boleh

    ReplyDelete
  2. dah muat dah shaheem paka cd..comel plak..stok CD baru ade 8..4 baru order, lum dpt lg.. tak pe la..walau tak fully CD tp dpt la kurangkan gune dd kan??

    ReplyDelete
  3. kite sama macam kak mimi. tak boleh nak bagi CD kat arissa sebab keje. huhu. btw, amal teruskan ye. berjimat utk masa depan anak jugak. :)

    ReplyDelete
  4. su tggu aqilah dah besar sikit baru pakai cd kot..sekarang ni nak basuh pe ke xsempat lah..hehee

    ReplyDelete
  5. tringin jgk nak pakaikan baby CD ni..

    ReplyDelete
  6. amal pakai CD ni bagus.. mmg sgt sgt berjimat.. since u x bekerja kan, so better buat C ye.. jgn risau, rezeki anak still ada.. amal pon bg bb snow ye.. ain pon sama.. cuma lepas 6m ain stop bg snow since berat dia naik sikit2 ajerk.. ain tukar kan susu BioLac. murah n sedap sikit.. heh heh xpe cuba pelan2 ye..

    ReplyDelete
  7. tak penah try lah cd tuh..dok bagi pet-pet sajo hahahah!

    ReplyDelete
  8. bagusnya teruskan cd nie...mungkin sy pun akan wat mcm amal gak

    ReplyDelete
  9. hu3....bpntg kat smjung ke??
    ingtkn kt sabah... ;)

    ReplyDelete
  10. akak tak larat nk pakai CD ni sbb pemalas...huhu, malas nak cuci2 bagai...

    bagus amal dah start skang...nanti shaheem takde maslah kulit kan...

    ReplyDelete
  11. ammar pn pakai cd..tp bila dh keje ni xsempat nk manage..huhu

    ReplyDelete