Monday, January 12, 2015

Suri Shafina 2 bulan

Assalamualaikum,
Ehemm.. Testing update blog guna hand phone. Sambil sambil nyusu Shafina ni. Azam tahun ni nak rajin rajin update blog. We will see hangat hangat tahi ayam atau tak hehe
Harini bawak Shafina pegi klinik untuk checkup 2 bulan. Alhamdulillah dia sihat sihat je. Berat terkini 4.6kg. Sebulan haritu 4kg. Naik 0.6kg. Ok tak tu?
Kena cucuk kat peha kanan. Nangis kejap je. Nurse bagi ubat demam dan aku dah bagi dah petang tadi sebab badan dia panas sikit. Hopefully tak melarat.
Harini jugak Shafina kena sunat. Kesian dia dua kali sakit. Tapi takpelah. Mama nak settle cepat cepat. Kalau tak asyik tangguh je. Sekejap je prosedurnya. Mula-mula aku macam takut jugak nak tengok. Tapi cubala untuk beranikan diri. Sikit je dia kepit. Darah pun takla banyak sangat. Shafina pun nangis kejap je.
Shafina dah pandai senyum dah. Dah pandai nak bersembang dengan orang jugak. Time mood baik tu ternganga-nganga mulut nak bercakap.
Sangat kuat menyusu! Setakat ni aku masih breastfeeding dia. Alhamdulillah. Tapi tak fully. Dah campur dengan FM. Tapi aku bagi minum FM dua kali je sehari. Time dia mengamuk sebab tak cukup susu aku bagi la. Nantila aku cerita detail pasal susu ni kat entry lain.
Tu jela dulu cerita pasal shafina. Lenguh oi update ngan HP ni haha..


7 comments:

  1. ok lah tu.cuma tulisan tu line dia mcm xteratur sgt lah.pas ni leh selalu update.hehehe

    ReplyDelete
  2. Alololo comeynya suri.. semoga membesar dengan sihat ye suri..

    ReplyDelete
  3. tahniah ya baby girl. lengkap sepasang seronok ,,nnt yg ke3 pulak..kih kih

    ReplyDelete