Friday, June 1, 2012

Doa Amalan Ibu Hamil

Amik ni dari Facebook. Lupa dah source. Sorry!

Click gambar untuk tengok lebih jelas.
Better print dan tampal kat dinding! :)

Masa aku pregnant dulu aku ada mengaji.. Baca Surah Yusuf, Surah Maryam, Surah Luqman.. Surah-surah lain pun bacala jugak. Sebelum tido selalu perdengarkan bacaan ayat suci Al Quran pada anak dalam perut. Letak handset atas perut je hehehe... Shaheem pernah respons. Dia tak berhenti gerak dalam perut bila aku pasang ngaji. Best sangat rasa dia dok rolling rolling dalam perut.

Nak dekat-dekat bersalin tu pulak mak aku suruh banyakkan baca Surah An-Nahl ayat 78. 


Baca terjemahan ayat tu pun dah buat aku rasa sayu dan sedih sangat... Masa sakit contraction mulut aku memang kumat kamit dok baca ayat ni. Macam nak bagitau anak, dia keluar dari perut aku nanti dengan bantuan Allah.. Supaya dia bersyukur di atas kurniaan Allah yang menjadikan dia sihat dan sempurna.. Huu ingat-ingat balik memang sedih sangat rasa. Bila sakit makin kuat, aku baca ayat ni kuat-kuat sebagai perangsang untuk diri aku dan baby... Serius kuat ok hehehe.. Tak peduli dah dengan orang sekeliling..

Selain daripada tu aku baca juga Zikir Nabi Yunus..


Tak henti-henti jugak menyebutnya masa sakit contraction tu. Kadang-kadang sebab terlalu asyik dok berzikir dok menyebut kalimah-kalimah yang memuji Allah, kita akan lupa sekejap pada sakit tu. Trust me! Jadi zikirla banyak-banyak. Zikir ni kan ada macam-macam. Carila kat You Tube. Berlambak. Aku dulu pun bukan tau pasal zikir-zikir ni. Tak pernah nak amalkan.. Tapi bila dah pregnant, rasa macam penting sangat untuk tahu. Aku tak nak anak aku macam aku. Dah tua baru nak amik tahu. So dari kecik lagila nak kena terapkan.. Lebih elok dari dalam perut lagi kan? Sentiasa sebut-sebut, dan semoga lidah Shaheem lembut untuk mengungkapkannya juga... Banyakkan juga beristighfar. Dengan harapan semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita...

Semoga dengan amalan ni mommies semua mudah untuk bersalin, insyaallah...

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. trust u...akak pun kurang sakit masa nak beranak asik berzikir...Insya Allah

    ReplyDelete