Friday, July 29, 2011

Petua dan Larangan Berpuasa pada Ibu Mengandung

Assalamualaikum,

Dah nak dekat puasa dah kita ye? Tingaal berapa hari je lagi. Dah ready belum ni nak puasa? Ready or not, puasa jela kan. Dah sudah jadi tanggungjawab kita sebagai Muslim :)

Aku pun dah ready ni. Although berdebar jugak rasa cos first time puasa time mengandung kan. Tapi aku rasa takde masalah kot.. Insyaallah boleh.

Hari ni aku nak share petua berpuasa untuk ibu-ibu mengandung ni. Dapat dari Facebook:

  1. Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
  2. Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
  3. Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tetapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
  4. Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
  5. Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
  6. Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
  7. Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
  8. Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
  9. Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut.

Selain daripada tu ada juga larangan berpuasa pada sesetengah ibu mengandung yang mempunyai masalah berikut:

  • Morning sickness yang teruk; ibu-ibu ini sentiasa lemah, mual dan mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Semasa peringkat ini, ibu-ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang berzat tinggi
  • Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Pesakit-pesakit ini biasanya memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas
  • Anemia/kekurangan darah semasa mengandung
  • Oligohidramnios (air ketuban/mentuban yang sedikit/kering)
  • Pesakit jantung
  • Tumbesaran bayi yang terencat
  • Mengalami perdarahan semasa mengandung.


Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!

2 comments:

  1. sama dgn akak la... 1st pregnant dkat nak puasa.. mmg dugaan kuat sbb nak sekat mkn tu...hahaha

    takde morning sickness cuma takut kurang mkn akak effect kat baby jek...ngada2 kan...

    tpi amal klu buka pun dimaafkan dan tak perlu ganti double hari (penah baca psl soal jwb agama)

    ReplyDelete
  2. mama noriz
    eheh yeke kak.. akak leh tahan tak? saya dah lapar ni uhuhuh.. tula, tkt gak ada effect kat baby. takde kot ek. doktor kata baby ada bekalan len, iaitu lemak2 kita yg dah tersimpan selama ni eehehhe.. saya pun takde morning sickness setakat ni, alhamdulillah..

    oh yeke... tak payah ganti eh? nanti sy google cari ehe

    ReplyDelete