Wednesday, July 25, 2012

Kebaikan Suami Temankan Isteri Bersalin

Assalamualaikum,

Aku copy ni sebijik-sebijik sekali dengan gambar dari Pesbuk.




Apa kebaikan-kebaikan yang boleh diperolehi?


1. Meredakan debaran di hati isteri
Saat-saat ingin melahirkan anak mestilah saat yang mendebarkan, bukan isteri sahaja yang berdebar, malah suami juga. Kehadiran suami di sisi isteri dapat meredakan debaran yang dirasai isteri. Jadi, sama-sama dapat meredakan debaran antara satu sama lain.

2. Meredakan kesakitan isteri
Kehadiran suami di sisi juga dapat meredakan kesakitan yang ditanggung oleh isteri walaupun hanya sekadar mengusap belakang isteri ketika kontraksi atau sekadar memberi kata-kata perangsang.

3. Menimbulkan keinsafan di hati suami
Secara tak langsung, boleh timbul keinsafan kepada suami apabila melihat kesakitan yang ditanggung oleh isteri dalam usaha memberikan zuriat yang diinginkan.

4. Lebih menyayangi dan menghargai isteri
Apabila melihat betapa susahnya isteri melahirkan anak, bertarung nyawa dan menanggung segala kesakitan, boleh memberi keinsafan kepada suami untuk lebih menyayangi dan menghargai isteri. Hargailah isteri anda, wahai sang suami.


5. Lebih menghargai keluarga

Melihat proses bersalin, boleh membuatkan kita lebih menghargai keluarga, bukan setakat kepada isteri dan anak-anak, malah juga kepada ibu yang melahirkan kita. Seperti mana kesakitan yang ditanggung oleh isteri, begitu jugalah kesakitan yang ditanggung oleh ibu saat melahirkan kita.

Bagaimana suami boleh membantu, jika takut melihat darah?
Suami yang takut melihat darah, masih boleh menemani isteri pada peringkat awal (tahap pertama proses kelahiran). Pada tahap ini, isteri akan mengalami kontraksi yang lebih kerap. Suami boleh membantu dengan cara:
- Memegang tangan isteri untuk menenteramkannya
- Mengurut bahagian belakang isteri untuk mengurangkan kesakitan
- Mengelap muka isteri apabila berpeluh
- Membasahkan bibir dengan air atau ketulan ais serta beri air kepada isteri.



Suami korang masuk tak dalam labour room? Alhamdulillah, husband aku masuk temankan aku masa lahirkan Shaheem. That's the main reason aku nak bersalin di Sabah ni. Nak suami aku ada di sisi. Ada bersama aku dalam labur room. At first hubby macam tak nak masuk pun sebab dia takut darah. Tapi sebab sayang bini dia masuk gak hihihih.. Lagipun dah pegi kursus antenatal tu kan. Dah ada kebenaran untuk masuk temankan isteri. So masuk jela.

Hubby masuk masa bukaan 6cm. Huh aku rasa lega sangat bila dapat tengok dia. Yela, sebelum tu sorang diri je. Nurse just came and go. Takdenye nak dok sebelah kita. Aku takut nak dok sorang sebab takut tetiba baby keluar ke ape huhu.. First baby kan, bukan aku tau ape pun hehehe.. So bila ada hubby legala sket. Kot jadi pape kat aku da leh panggil doktor kan kan...

Sepanjang bersama aku dalam LR tu, aku mintak dia sembang-sembang dengan aku sebab masa tu aku tengah lalok huhu.. Penangan pain killer. Aku tak mahu tertido. Konon takut tak rasa nak push kalau tertido. Kitorang tak sembang sangat pun sebab aku memang lalok gileee... Plus sakit gileeee.. Nak bercakap pun macam takde daya. Yang aku ingat, hubby bergurau senda dengan nurse. Huh hangin je haha... Takdela, aku pahamla. Hubby pun nervous. So bila nurse masuk dia sembangla. Sesekali kuar lawak-lawak bodo :P Aku tak cakap ape, layankan jelaaa.... Nak melawak dengan aku macam tak kena la pulak kan. Aku masa tu nak gelak pun tak larat seh.

Sepanjang dalam labour room tu jugak aku haus sangat. Tekak ni kering sekering Gurun Sahara. Nak minum air dah takleh. Misi tak bagi. Nasibla dalam bilik tu ada sink. Aku suruh hubby basahkan tisu, lap lap bibir aku. Legala sikit rasa.

Then bila contraction menggila, aku pegang tangan hubby kuat-kuat. Sambil-sambil tu dia akan tengok monitor dan bagitau bacaan berapa dan dah turun ke belum.. Memangla aku bleh rasa sendiri bila sakit tu hilang tapi bila dia bagitau bacaan dah mula drop (meaning sakit dah kurang) aku rasa lega sangat-sangat. Tu lah cara dia tenangkan aku masa sakit. Tolong baca kiraan contraction di monitor kihkihkih...

Erm tolong lap peluh? Takde kot. Aku tak rasa aku berpeluh pun sebab LR sejuk gileeeeeeeeeee..... Masa push pun aku tak rasa aku berpeluh. So takde adegan lap-lap peluh hehe...

Oh darling hubby ni memang takut darah. Bau-bau darah pun dia takleh. Masa doktor datang nak seluk dia mintak face mask hehe.. Sebab tak tahan bau darah. Takut gak kalau pengsan kan. Sampai nurse pun cakap, "jan ko pingsan di sini yaa......" hehehehe... Masa aku dah start push push tu dia setia di sisi aku. Bila doktor kata kepala baby dah nampak dia tak caye. Doktor suruh tengok sendiri dia tak nak haha.. Takut darah punye pasal. Tapi kan... korang yang belum bersalin tu janganla tertipu dengan drama drama kononnye beranak ni darah keluar banyak. Takde pun ok. In fact selepas Shaheem keluar tu takde pun darah melimpah atas lantai. Lantai putih cam bese je.... 

Hmmm... aku bersyukur sangat sebab hubby ada temankan aku dalam LR. Dari pukul 3 petang sampaila pukul 7.30 malam aku bersalin. Syukur sangat-sangat. Kalu sorang, tak tahula macamana keadaan aku. Aku rasa lebih confident nak push, kurang stress, rasa lega sangat. He's my painkiller actually at that time. Bukan painkiller yang buat aku lalok tuhhh...

So mommies yang bakal bersalin, nanti share dengan hubby kebaikan-kebaikan ni ye. Suruh dorang masuk sekali dalam LR. Barula tahu susah senang melahirkan anak ni :)





10 comments:

  1. betul2..hubby masuk la..br la rasa lega kan..
    tp ika hari tu xpun..sbb operate..hehe

    ReplyDelete
  2. hubby temankan jugak. takdelah sorang nak kalut nak mesej hubby kat luar update dalam LR.

    ReplyDelete
  3. encik somi tak temankan kite pun. malah dia di ipoh, sy d sarawak. huhhu. kalau ada pun, tak mungkin dia ada. hosp tpt saya bersalin tak benarkan. huhuhuhu.

    ReplyDelete
  4. encik somi tak temankan kite pun. malah dia di ipoh, sy d sarawak. huhhu. kalau ada pun, tak mungkin dia ada. hosp tpt saya bersalin tak benarkan. huhuhuhu.

    ReplyDelete
  5. nak sangat asben teman..tapi biler kene operation..punah harapan..hurrmm..rase nyer sampai biler2 kot tak dapat..since dokter kate tulang punggung kecik dan susah nak beranak normal..:(

    ReplyDelete
  6. me mmg hubby temankan.. since sakit tu datang lambat (masa bukaan 9-10cm) jadi dalam tu dok main wat apps n borak2 dgn hubby.. sampai laa nak bersalin..

    ReplyDelete
  7. betul..suami adalah segala2 nya bagi ciknaa dlm LR.hilang kejap mula la bising2 tanye mak, n misi mane pegi laki ciknaa tu.. huhu :))

    ReplyDelete
  8. i hubby teman jugak...tp mlm tu dia xleh tido coz pening n loya teringat darah...hehe

    ReplyDelete
  9. ms bersalin suami ekin teman jugak
    semangat tue

    ReplyDelete
  10. husben akak sempat temman kan sepanjang dalam labour room je...adalah 12 jam then kena operate punah harapan...tunggu luar sajo...sbb operate

    ReplyDelete